Jutawan Playboy Tiduri 4,000 Wanita Mati Dipercayai Diracun Isteri Sendiri
TOKYO – Seorang jutawan Jepun yang terkenal kerana meniduri 4,000 wanita mati disyaki diracun oleh isterinya sendiri kerana wanita itu mendakwa ingin menjadi yang terakhir ditiduri suaminya, lapor akhbar The Sun semalam.
Saki Sudo, 25, dituduh membunuh Kosuke Nozaki, 77, tiga tahun lepas selepas mengahwini jutawan itu pada Februari 2018.
Nozaki yang menjadi kaya-raya menerusi perniagaan hartanah, pertanian dan pinjaman wang itu mati dalam tempoh hanya beberapa bulan selepas mengahwini Sudo.
Menurut laman berita Tokyo Reporter, Nozaki berbangga kerana telah meniduri 4,000 wanita dan pernah menulis sebuah buku bertajuk ‘Don Juan of Wakayama’ pada tahun 2016 iaitu gelaran merujuk kepada dirinya sendiri.
“Tujuan saya mengumpul kekayaan adalah untuk berjanji temu dengan wanita-wanita cantik,” tulisnya.
Dia juga dikatakan pernah bertanyakan soalan kepada Sudo mengenai sama ada wanita itu mahu menjadi wanita terakhir dalam hidupnya.
Pada Mei 2018, Nozaki ditemui mati oleh Sudo di atas sofa di kediaman mereka di Tanabe.
Polis kemudiannya mendapati terdapat kesan dadah dalam sistem badan jutawan itu.
Sudo kini ditangkap manakala siasatan kes masih berlangsung. – Agensi
You must be logged in to post a comment.