Jom Lihat 5 Lokasi Aktiviti Pelancongan Eko Yang Menarik Di Negeri Selangor

Pelancongan eko ialah antara sektor pelancongan yang paling menerima sambutan di Negeri Selangor kerana keunikan alam semulajadi. Menurut Tourism Selangor, pelbagai aktiviti pelancongan eko yang menarik dan cukup mengujakan boleh dilakukan di Negeri ini.

Bukit Broga, Hulu Langat

via Murai

Bukit Broga merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendaki bagi semua golongan umur kerana perjalanan dakian yang kurang mencabar dan mudah. Satu fakta menarik, pendakian Bukit Broga sebanyak 10 kali adalah bersamaan dengan pendakian ke Gunung Kinabalu.

Taman Eko Rimba Kanching

via Local Local

Sungai Kanching mempunyai 7 lapisan air terjun setinggi 208 meter yang mana semakin tinggi dakian, semakin sukar perjalanan untuk mendaki.

Bukan itu sahaja, menurut Tourism Selangor,pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah.

Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong

via Expat GO

Dengan keluasan 600 hektar, kawasan ini dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong dengan menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang.

Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi.

Skytrex Sungai Chongkak, Hulu Langat

via Verst

Dikenali dengan “Malaysia First Flying Fox Park”, tempat ini mempunyai elemen flying fox yang lebih panjang berbanding cawangan lain di Langkawi dan Melaka. Menurut Tourism Selangor, Skytrex Sungai Chongkak ini juga dikelilingi dengan kehijauan hutan serta aliran sungai di bawah laluan rintangan.

White Water Rafting, Hulu Selangor

via Pinterest

Terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti white water rafting ini amat menyeronokkan bagi yang ingin mencuba aktiviti air lasak di sungai sepanjang 8km. Aktiviti berakit ini sangat sesuai dilakukan secara berseorangan, serta bersama pasangan, keluarga dan kumpulan dari semua peringkat umur dari 8 hingga 88 tahun.

Jadi bagi anda yang gemar akan aktiviti berunsurkan eko boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di atas. Selamat mencuba!-Murai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker