Beri jaminan AstraZeneca bukan untuk warga emas

Lee Lam Thye
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi jaminan suntikan vaksin AstraZeneca tidak diberikan kepada warga emas dan golongan rentan yang dikategorikan sebagai penerima fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), termasuk secara sukarela.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia bagi mengelak kebimbangan berterusan membabitkan kelompok berkenaan.

“Saya harap rancangan menggunakan vaksin Sinovac dan Pfizer diteruskan bagi kumpulan ini sebagai langkah menjamin keselamatan penerima vaksin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, penubuhan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas bagi memulakan pemberian suntikan vaksin AstraZeneca kepada mereka yang mendaftar secara sukarela dilihat sebagai tindakan wajar.



Semalam, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, pada sidang media menegaskan, orang ramai yang mendaftar secara sukarela di PPV berkenaan akan diberi vaksin itu berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.

Langkah itu bertujuan menangani ketakutan dan kegusaran rakyat terhadap vaksin itu, selain tidak mahu mengganggu program imunisasi yang sedang berjalan.

Mengulas isu kompaun RM50,000 kepada peniaga kecil, Lam Thye mahu pihak berkuasa menggunakan budi bicara dan pertimbangan munasabah dalam mengeluarkan kompaun kepada pesalah.

Katanya, kadar kompaun yang dikenakan perlu selari dengan kapasiti dan pulangan perniagaan pesalah terbabit.



“Kalau syarikat besar mungkin boleh dikompaun RM50,000 namun jumlahnya patut dikurangkan untuk peniaga kecil.

“Wajar bagi pihak berkuasa menggunakan budi bicara kerana RM50,000 amat tinggi bagi peniaga kecil-kecilan,” katanya. BH

Kerajaan Sarawak Tegas Enggan Terima Vaksin AstraZeneca



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker