Pengganas Israel buka semula zon tangkap ikan di Gaza

Tutup selepas serangan roket dipercayai sokongan untuk penduduk Palestin di Baitulmaqdis

Selepas empat hari, negara pengganas Israel akhirnya membuka semula zon penangkapan ikan di Semenanjung Gaza yang dikepung.

COGAT – unit ketenteraan yang menyelaraskan urusan awam rakyat Palestin – dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan keputusan itu dan berkata, penyambungan semula ‘rutin’ polisi terhadap Gaza ‘tertakluk kepada kesinambungan kedamaian dan … kestabilan keamanan’.

Terdahulu, pihak berkuasa Israel menutup zon penangkapan ikan itu selepas serangan roket yang berasal dari Gaza dan dilaporkan mengakibatkan kerosakan ringan di komuniti berhampiran sempadan Israel.

Serangan roket itu dipercayai sebagai sokongan kumpulan bersenjata di Gaza untuk penduduk Palestin di Baitulmaqdis yang telah dihalang polis Israel untuk berkumpul di sebuah plaza Kota Lama selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.



Ketegangan tercetus setelah orang kanan Israel berarak ke kawasan Baitulmaqdis Timur yang diduduki sambil melaungkan ‘Kematian untuk orang Arab.’

Israel membuat sekatan di Gaza lebih dari satu dekad dan telah menetapkan zon penangkapan ikan kira-kira 20 batu nautika daripada kawasan pantai berikutan perjanjian damai Oslo pada tahun 1990-an.

Bagaimanapun selama bertahun-tahun, Israel mengurangkan ukurannya bergantung pada ketegangan dengan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Pada September lalu, zon penangkapan ikan ditetapkan pada 15 batu nautika selepas perjanjian antara Israel dan penguasa Gaza. – Agensi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker