Bila nak robohkan tugu komunis MPAJA di Taman Peringatan Nilai?

Dah lupa bagaimana ultra kiasu bersungguh pertahan komunis Chin Peng

SAYA ucap syabas kepada Majlis Perbandaran Kajang yang telah merobohkan monumen atau patung Mao Tze Tung yang dibina secara haram di Taman Peringatan Nirwana, Semenyih.

Bagaimana pula dengan tugu Komunis MPAJA? Bila Majlis Perbandaran Nilai mahu bertindak merobohkan tugu komunis yang juga dibina secara haram pada 1996.

Sampai bila kita harus biarkan rakyat negara ini, terutamanya ultra kiasu, terus mengagung-agungkan komunis? Kepada ultra kiasu komunis itu adalah pejuang sepertimana mereka mendewakan Mao Tze Tung.

Mana lebih bahaya daripada patung Mao Tze Tung atau patung komunis MPAJA?

Sudah tentu MPAJA lebih bahaya. Mao Tze Tung berada di China, sedang MPAJA ada di depan mata. Saban kali MPAJA terus dinobatkan dan didewa-dewakan.

Saya cukup hairan, kenapa kita terus membiarkan tugu atau patung komunis itu terus didewa-dewakan hingga hari ini, sedangkan saya telah bangkitkan perkara ini sejak ia mula didirikan.

Sudah sampai masanya, kita melihat perkara dengan serius. Pemikiran komunis MPAJA sedang menguasai generasi dahulu dan diperturunkan hingga kini.

Sebab itu, kita lihat perangai dan tingkah laku komunis terus- menerus mengganggu-gugat pembinaan negara bangsa yang kita idam-idamkan.

Shamsiah, isteri Shahidan dakwa tak pernah beri kenyataan kepada portal

Silibus sejarah sekolah persendirian Cina masih mengagungkan komunis.  Komunis dilihat sebagai pejuang menentang Jepun.

Sedangkan kita semua tahu bahawa penentangqn komunis terhadap Jepun disebabkan oleh permusuhan yang panjang antara negara  China-Jepun dalam Perang China-Jepun.

Permusuhan China-Jepun terus berpanjangan hingga ke hari ini. Bukan kerana komunis mahu memerdekakan negara ini ketika Jepun menduduki Tanah Melayu sekitar 1941-1945.

Justeru,  saya amat berharap tugu komunis MPAJA ini segera dirobohkan sebelum pemikiran komunis terus mencengkam generasi akan datang. Pastinya ia akan menghalang pembinaan negara bangsa kerana ia telah ditanam sejak kecil lagi. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya sekolah perkauman seperti sekolah vernakular dan sekolah persendirian Cina

Apakah kita sudah lupa bagaimana bersungguh-sungguhnya ultra kiasu mempertahankan komunis Chin Peng? Ultra kiasu turut menyeludup abu Chin Peng ke negara ini meskipun jasadnya tidak dapat dibawa pulang.

Teramat malang jika kita mudah lupa. Tidak hairan patung Chin Peng secara diam turut ditegakkan nanti jika tidak ada ketegasan dalam membina negara ini.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Remaja tuntut mohon maaf atas komen lucah, dakwa ada komen oleh guru

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker