Laksana semula PdPR tapi mana 150,000 komputer riba? – Zahida



Sebaran :


KUALA LUMPUR – Di manakah 150,000 komputer riba yang dibentangkan tahun lalu oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada belanjawan 2021?

Itu persoalan dibangkitkan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Beliau berkata demikian ekoran pengumuman Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang memaklumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan kembali selepas sambutan hari raya Aidilfitri.



“Mereka telah lupa dan bila keadaan memerlukannya (komputer riba), kerajaan PN buat lupa pulak.

“Bagaimana murid-murid daripada keluarga B40 ini akan meneruskan pengajian mereka tanpa perician internet yang serba kekurangan?

“Bagaimana nasib murid-murid yang akan menduduki peperiksaan tahun ini? Inilah yang saya katakan the lost year in education atau tahun yang hilang dalam pembelajaran,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosialnya hari ini.



Menurut Zahida, kerajaan PN juga sebelum ini sudah berjanji yang kononnya Khazanah Nasional atau syarikat milik kerajaan (GLC) akan mengambil alih tugas pemberian komputer riba.

“Sekarang kita dah di penghujung April dan kita belum nampak atau dengar ura-ura pengagihan komputer riba ini.

“Janganlah rakyat terus digula-gulakan lagi,” katanya sambil menambah pihaknya menerima banyak aduan daripada ibu bapa yang didakwanya tertekan menguruskan pembelajaran maya anak-anak mereka.



“Kita sudah biasa dengan keputusan flip-flop KPM sekian lama dengan menteri kanan Radzi Jidin sebelum ini dan menerima keputusan ini dengan sedikit kesedihan.

“Ada ibu bapa yang terpaksa korbankan waktu kerja, lebih menyedihkan dilaporkan ada yang terpaksa berhenti kerja untuk fokus memantau anak-anak menjalani PdPR berkenaan,” tegasnya. MG

Komputer riba : Kenapa pelajar golongan B40 perlu tunggu sehingga akhir penggal?


Sebaran :


Leave a Reply