Ajal dalam tali air ketika khayal gam


PASIR PUTEH – Penduduk Kampung Padang Pak Omar, Selising di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai khayal akibat menghidu gam dalam tali air petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, siasatan mendapati, mayat lelaki yang tidak memakai baju itu ditemui terperangkap di kawasan pembentung tali air pada pukul 6.15 petang.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap mayat itu turut menjumpai satu beg plastik berwarna merah mengandungi kesan gam pada tangan mayat lelaki itu.

“Berdasarkan keterangan orang kampung, lelaki berusia 47 tahun itu merupakan penduduk tempatan dan dipercayai penagih dadah tegar.



“Siasatan awal mendapati, lelaki itu berkemungkinan sedang khayal akibat menghidu gam sebelum terjatuh ke dalam tali air berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Mohd. Azmir berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. K Online

Tidak sedar keluar dari rumah, kanak-kanak tiga tahun ditemui lemas di tali air



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker