DAP Berpecah, Kem Feudal vs Kem Elitis
PETALING JAYA: Perpecahan dalam DAP timbul disebabkan oleh kepimpinan elit, feudal dan kebangkitan golongan elitis, kata ahli jawatankuasa pusat parti itu, Ronnie Liu, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pandangan veteran parti, Lim Kit Siang mengenai “pengaruh luar” yang mewujudkan perpecahan dalam parti.
DAP telah menyaksikan kenaikan “elitis” pada 2008 yang hanya menikmati hasil perjuangan jangka panjang oleh ahli akar umbi, kata beliau.
Tambah beliau, masalah itu menjadi semakin serius selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 2018 apabila kuasa “feudal” tertentu dilantik ke dalam Jemaah Menteri dan mengetepikan pemimpin lama
Beliau memberi contoh Pengerusi DAP Tan Kok Wai yang diberikan jawatan bukan menteri sebagai duta khas ke China.
“Ahli akar umbi terkejut apabila ketua DAP Sarawak diberikan jawatan timbalan menteri, sementara ahli junior lain dijadikan menteri.
“Ini adalah suatu langkah yang tidak menghormati hierarki politik dalam DAP.
Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’
“Bahkan Nga Kor Ming, pengerusi parti negeri, hanya diberi jawatan timbalan speaker,” kata Liu.
Liu menyeru agar parti itu kembali ke nilai-nilai asasnya yang menjadikan parti itu berjaya pada awal penubuhannya.
“Adakah pemimpin DAP takut akan perubahan dalam pemilihan DAP yang akan datang?” soal beliau.
Awal hari ini, Lim Kit Siang mendakwa bahawa ada “pengaruh luar” yang berusaha untuk memecahbelahkan DAP.
Beliau menggesa agar parti tersebut menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.
Ya! Memang sejarah Tanah Melayu lebih bersifat Melayu dan Islam
Bagaimanapun, semalam, Lim menyatakan kebanggaan beliau atas kesatuan yang ditunjukkan parti tersebut, memandangkan tiada seorang pun antara 42 Ahli Parlimennya meninggalkan parti sejak pilihan raya yang lalu.
Namun, insiden yang terjadi kebelakangan ini menggambarkan yang sebaliknya, kata beliau, merujuk kepada pertikaian dalaman yang tercetus selepas Liu membuat kenyataan bahawa DAP tidak patut “mencairkan kecinaannya”.
Sehubungan itu, Liu mendapat kritikan hebat daripada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, yang berkata: “Ronnie tidak mewakili saya. Ronnie tidak bercakap untuk saya.”
“DAP yang Ronnie Liu mahukan bukan DAP yang saya sertai,” kata beliau.
SUKUK itu hutang, kerajaan jangan ghairah atas lebihan langganan – Pakar Ekonomi
You must be logged in to post a comment.