Resepi Buah Melaka atau Onde-Onde


Resepi Buah Melaka Atau Onde-Onde

Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:4 orang

Hi Semua, kali ini kita nak sediakan kuih legend kegemaran ramai iaitu buah melaka, atau ada juga yg pangil onde-onde… Buah melaka yg sedap mestilah sedikit kenyal, tak terlalu keras, gula di tengahnya pecah cair bila kita gigit, dan juga rasa sedap dari lemak masin salutan kelapa parut.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk jus pandan:

5-6 helai daun pandan
1 1/2 cawan air

Bahan-bahan lain:

1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras/ tepung gandum
1/4 sudu kecil pewarna hijau
gula nisan/ gula melaka secukupnya
air rebusan secukupnya
1/2 biji kelapa parut
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Gunting kasar daun pandan, bland dengan air dan tapis dan ambil airnya.

Masukkan tepung pulut dan tepung beras,
Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit.

Masukkan pewarna hijau (optional).

Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan.

Potong kepada kiub kecil gula nisan @ gula melaka.

Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (boleh kukus dulu kelapa parut untuk tahan lebih lama).

Kemudian ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan.

Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan sekata.

Panaskan air, air perlulah dalam jumlah yang banyak supaya x padat sangat dan ada ruang untuk buah melaka timbul bila masak nanti.

Api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas.

Bila dah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.

Tips:

Doh jangan sikit sangat takut pecah keluar air gula bila rebus nanti.

Resepi Che Nom

Resepi Kuih Cara Berlauk, Sedap baq hang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker