Tolak Darurat : Pelampau politik lebih teruk dari ekstremis agama – Hadi



Sebaran :


Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap parti politik yang membantah proklamasi darurat tidak memandang berat penularan wabak Covid-19 yang telah meragut banyak nyawa manusia di serata dunia.

Malah Hadi turut berpandangan, parti politik yang membantah darurat lebih teruk daripada golongan pelampau agama memandangkan mangsa korban akibat Covid-19 lebih ramai daripada mangsa letupan bom.

“Kerakusan mereka lebih teruk daripada golongan pelampau agama yang meletupkan bom dan membunuh dengan jumlah yang jauh lebih kecil dibandingkan dengan mangsa wabak Covid-19 yang tersebar di seluruh pelosok dunia terkini.



“Di Malaysia pula, kini muncul kumpulan yang menentang perintah darurat kesan penularan pandemik tersebut. Seolah-olah mereka tidak berada di planet bumi yang dilanda wabak itu.

“Alasannya hanyalah lebih bersifat politik untuk mengintai agar mendapat kuasa yang terlepas, laksana ayam terlepas tangannya berbau.

“Namun, mereka langsung tidak peduli terhadap kemungkinan bahaya yang mendatang, dengan mengambil langkah politik sepanjang masa, tanpa mempedulikan terhadap bahaya wabak yang memakan korban di seluruh dunia,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam portal lidah rasmi PAS, Harakah Daily.



Hadi turut menambah, kelompok itu bersembunyi di belakang alasan ekonomi dan keselamatan demi untuk kekal bermain politik.

Pada Januari lalu, kerajaan melaksanakan proklamasi darurat bagi mengekang penularan kes Covid-19, sejurus menggantung sidang Dewan Rakyat.

Pihak pembangkang dan beberapa parti kerajaan membantah pelaksanaan tersebut dan menggesa kerajaan supaya kembali mengadakan sidang parlimen.



Susulan itu, parti pembangkang serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menubuhkan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat yang dipengerusikan oleh Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut memperkenankan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menghadap baginda bagi menyerahkan memorandum tersebut, pada satu tarikh yang belum ditentukan lagi. Mk

PAS Pilih PN Untuk Bertanding PRU15 Sebagai Kerajaan – Tuan Guru Hadi Awang


Sebaran :


Leave a Reply