Ustaz Abdul Somad bakal menikah gadis 19 tahun


PENDAKWAH terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis berusia 19 tahun tidak lama lagi.

Memetik portal berita tribunenews.com, rancangan pernikahan Ustaz Abdul Somad diketahui selepas tersebar dokumen pernikahan atas nama beliau dengan gadis dari Jombang, Jawa Timur.

Pada dokumen yang didaftarkan pada 1 Mac lalu itu, tertera nama Ustaz Abdu Somad dan gadis bernama Fatimah Az Zahra Salim Barabud. Beza umum antara mereka ialah 24 tahun. Pendakwah itu berusia 44 tahun.

Ini merupakan perkahwinan kedua Ustaz Abdul Somad selepas bercerai dengan Mellya Juniarti pada 3 Disember 2019. Mereka mempunyai seorang anak lelaki Mizyan Hadziq hasil pernikahan selama 11 tahun itu.

Bagaimanapun sehingga hari ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak Ustaz Abdul Somad mahupun keluarga gadis tersebut.

Sebelum ini Ustaz Abdul Somad pernah dikabarkan akan menikah dengan selebriti Instagram berasal dari Korea Selatan, Ayana Jihye Moon.

Sementara itu portal Fakta Jombang melaporkan, Ustaz Abdul Somad akan menikah pada 17 Mei ini.

Perkara itu disahkan seorang pegawai di Kantor Urusan Agama Jombang dan pendaftaran mereka sudahpun dimasukkan dalam Sistem Informasi Pengurusan Nikah(Simkah) Kementerian Agama Repubik Indonesia.

“Benar, akad nikahnya Ustaz Abdul Somad dengan calon pengantin perempuan sudah terjadual. Itu tandanya, sudah terdaftar di Simkah,” kata sumber tersebut.

Portal Detikcom pula melaporkan, bakal isteri Ustaz Abdul Somad adalah lulusan sebuah pondok besar di Jawa Timur dan berasal dari Desa Kepuhkembeng, Kecamatan Peterongan, Jombang.

Ketua Bahagian Bimbingan Masyarakat Islam Kombang, Ilham Rohami berkata, pendakwah terkenal itu mendaftar untuk menikah pda awal bulan ini. Utv

Pembuat roti mirip Ustaz Abdul Somad jadi tumpuan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker