Pembuat roti mirip Ustaz Abdul Somad jadi tumpuan

KOTA BHARU – Seorang pembuat roti di Tenang Kopitiam berhampiran Masjid Paya Rambai, di sini menjadi perhatian orang ramai gara-gara wajahnya yang dikatakan memiliki raut wajah hampir serupa dengan penceramah agama terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad.

Firdaus Azimin, 22, menjadi tumpuan pelanggan di Tenang Kopitiam dan pemuda itu bersyukur dengan pandangan orang ramai itu yang mengatakan wajahnya mirip individu terkenal tersebut.

“Sejujurnya saya terkejut apabila ramai (pelanggan) yang mengatakan raut wajah saya saling tidak tumpah seperti Ustaz Abdu Somad (UAS),” katanya.

Menurut Firdaus, sememangnya dia cukup meminati penceramah itu dan sering mengikuti ceramah beliau menerusi laman sosial, Facebook atau Youtube.



“Saya pernah berjumpa Ustaz Abdu Somad secara berdepan semasa beliau datang menyampaikan kuliah di Kota Bharu, sebelum ini. Tapi sayang, gambar kenangan bersama tokoh itu hilang disebabkan telefon bimbit saya rosak,” katanya.

Semalam, gambar Firdaus tular susulan Pemilik Tenang Kopitiam, Ahmad Maher Shafian memuat naik gambar pemuda berkenaan di laman sosial Facebook.

Menurut Ahmad Maher, dia terkejut melihat wajah Firdaus yang saling tidak tumpah seperti tokoh agama itu ketika kali pertama dia datang untuk memohon pekerjaan. Sinar

Terkesan Dengar Ceramah Ustaz Abdul Somad, Wawa Zainal Dan Suami Derma RM1.2 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker