Tenggelamnya Nanggala 402: "Mereka patriot kedaulatan negara" - Jokowi — MYKMU.NET

Tenggelamnya Nanggala 402: “Mereka patriot kedaulatan negara” – Jokowi



Sebaran :

Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini menyampaikan rasa sedih beliau susulan tragedi yang menimpa kapal selam KRI Nanggala 402 di perairan utara Bali.

Dalam ucapannya, Jokowi turut memberi jaminan telah dan akan meneruskan usaha pencarian serta penyelamatan terhadap kesemua 53 anak kapal tersebut.

Malah, beliau menyifatkan kesemua mereka yang berada di dalam KRI Nanggala 402 itu merupakan pejuang republik itu.



“Kita semua bangsa Indonesia menyampaikan kesedihan yang mendalam atas musibah ini, khususnya kepada seluruh keluarga anak kapal selam.

“Segala upaya terbaik pencarian dan penyelamatan telah dan masih akan kita lakukan,” kata Jokowi dalam kenyataan di Istana Kepresidenan Bogor, Jawa Barat, hari ini.

Jokowi pada masa sama telah menerima laporan terkini dari Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Ketua Angkatan Laut TNI berkenaan usaha pencarian dan penyelamatan kapal selam itu.



Menurutnya, musibah itu mengejutkan seluruh rakyat Indonesia.

“TNI Angkatan Laut telah menaikkan status KRI Nanggala-402 dari hilang kontak atau submiss menjadi tenggelam atau subsunk.

“Musibah ini mengejutkan kita semua, tidak hanya 53 anak kapal, keluarga mereka, mahupun keluarga besar Angkatan Laut TNI, tapi juga seluruh rakyat Indonesia,” kata Jokowi.



Oksigen kapal selam TNI hilang hanya mampu bertahan selama 72 jam lagi


Sebaran :


Leave a Reply