Hukuman gantung buat pencuri oksigen India

NEW DELHI – India telah berikrar untuk mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada sesiapa sahaja yang menangguhkan penghantaran bekalan oksigen ketika negara itu berperang dengan gelombang koronavirus kedua, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Mahkamah tinggi di New Delhi kelmarin, memberi amaran menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas terdapat laporan beberapa pegawai tempatan kurang ajar memintas dan mengalihkan tangki oksigen ke hospital di kawasan mereka.

Mahkamah yang sedang menerima aduan daripada sebilangan hospital mengenai kekurangan oksigen menggambarkan kenaikan jangkitan yang dahsyat sebagai ‘tsunami Covid-19’.

Kes Covid yang melonjak mendorong perkhidmatan kesihatan ke titik terakhir dengan kekurangan tangki oksigen perubatan dan hospital pula berdepan kekurangan tenaga kerja akibat jumlah pesakit yang semakin melimpah.

Unit rawatan intensif di semua hospital dipenuhi pesakit Covid-19 dengan hampir semua mesin bantuan pernafasan digunakan sehingga doktor tidak ada pilihan selain meminta bantuan di media sosial.

Tangki oksigen sedang diangkut ke seluruh negeri ke lokasi-lokasi panas untuk memenuhi permintaan hospital tetapi pentadbir tempatan di beberapa negeri telah mengganggu pergerakan kenderaan yang membawa tangki oksigen dan mengalihkan bekalan ke daerah mereka.

Sebuah trak tangki oksigen yang membawa bekalan oksigen di negari jiran Delhi, Haryana dilaporkan hilang semalam, menurut agensi berita Press Trust of India.

Beberapa hari sebelumnya, seorang menteri di Haryana menyalahkan pihak berkuasa Delhi kerana merampas sebuah trak bekalan tangki oksigen ketika melintasi wilayah mereka.

“Malangnya, banyak kejadian seperti itu telah berlaku dan memberi kesan buruk kepada hospital yang memerlukan bekalan oksigen,” kata Presiden Persatuan Pengilang Gas Industri India, Saket Tiku.

Untuk hari ketiga berturut-turut, India mencatat rekod jangkitan global dengan 346,786 kes baharu dalam 24 jam terakhir sementara 2,624 kematian lagi dicatatkan dalam jangka masa yang sama. – Agensi

12 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital di India

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker