Resepi Laicikang ‘Special’ Untuk Berbuka Puasa
Minuman manis bersama bahan di dalamnya seperti biji selasih, nata de coco atau jeli sudah pasti menjadi pilihan ramai sewaktu berbuka puasa.
Sejuk, nyaman dan menghilangkan dahaga selepas seharian menahan lapar dan dahaga, meninggalkan keseronokan berbuka puasa bersama keluarga dan orang tersayang.
Minggu ini Seri tampilkan minuman laicikang 11 bahan yang sudah pasti menarik sebagai minuman berbuka puasa petang nanti. Minuman ini mengambil sedikit masa, tapi tiada masalah berlama-lama di dapur pada hujung minggu. Selamat mencuba.
Terima kasih NOR AZHANI BINTI ABDUL RAZAK
FB: LaiciKang
11 Rasa
LAICIKANG 11 RASA
(RESIPI UNTUK 3 ORANG)
Bahan-bahan:
3 sudu kacang tanah
3 sudu gula kundur
2 sudu biji selasih
2 sudu barli
200 milliliter (ml) laici
3 kuntum bunga kembang semangkuk
3 biji cendawan fungus
6 biji kurma merah
1 helai daun pandan
4 sudu gula pasir
2 sudu gula merah
Air masak 1 liter
Cara penyediaannya:
1. Kacang Tanah – digoreng sehingga bertukar menjadi kekuningan dan rangup. Buang kulitnya.
2. Gula Kundur – Gunting sahaja menjadi potongan kecil atau dadu.
3. Selasih – Rendam dengan air masak bersih sehingga kembang cantik
4. Barli – Cuci barli sehingga bersih. Rebus sehingga barli kembang. Tapis dan buang airnya.
5. Laici – Ambil laici sahaja. Airnya tidak dimasukkan ke dalam ramuan laicikang kerana ia akan mengubah rasa air laicikang.
6. Kembang semangkuk – Rendam dengan air panas sehingga kembang menjadi bentuk bunga.
7. Cendawan fungus – Rendam dengan air sehingga betul-betul kembang. Gunting halus fungus yang telah kembang. Buang air rendaman.
8. Kurma merah – Ambil empat biji dan potong kepada empat bahagian. Potong kecil supaya mudah untuk dimakan
9 sudu air gula pasir
3 senduk gula pasir
3 senduk air putih
Masak air gula dengan daun pandan sehingga gula pasir menjadi air dan air mendidih
10 sudu air gula merah
3 senduk gula merah
3 senduk air putih
Masak sehingga tiada lagi ketulan gula merah atau gula menjadi air sehingga air mendidih. (Penyediaan air gula bergantung kepada tahap kemanisan masing-masing).
You must be logged in to post a comment.