Resepi Ayam Geprek asli


Resepi Ayam Geprek

Masa Penyediaan: 25 minit,
Masa Memasak:30 minit,
Jumlah Hidangan:3-4 orang

Hi Semua, jom masak menu mudah harini tapi sangat menarik iaitu ayam geprek, inspirasi dari masakan negara jiran iaitu Indonesia.

Sedap sangat hidangan ni…..Ayam tu kita goreng dulu dalam salutan tepung sampai garing kemudian kita tumbuk dan salut dengan sambal pedas. Ada sedikit persamaan dengan ayam penyet, tapi cara penyediaan lebih mudah dan cepat.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk ayam geprek:

10-15 tangkai cili padi merah
3 biji cili merah besar
2-3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato
sedikit gula
garam secukup rasa
serbuk penambah rasa (optional)
4 ketul /500g ayam
1 biji limau nipis
1-2 cawan tepung goreng ayam segera
sedikti air sejuk dari peti ais
minyak masak
timun
salad

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk sambal:

Potong kasar cili padi merah, cili merah besar, bawang besar dan bawang putih serta tomato.

Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang telah dipotong. Tomato dimasukkan lambat sedikit agar ia tidak terlalu hancur.

Angkat bahan yang digoreng dan toskan minyak.

Tumbuk atau gesek kasar bahan-bahan goreng.

Masukkan gula, garam dan serbuk perasa (pilihan) agar secukup rasa. Lalu, tumbuk sebati.

Tuangkan minyak gorengan yang masih panas kedalam bahan yang ditumbuk.

Cara-cara untuk ayam geprek:

Bersihkan ayam dan perah jus limau nipis kedalam ayam lalu perapkan selama 10-15 minit.

Celup dan salut ayam yang diperap kedalam tepung ayam segera. Kemudian, celup pula kedalam air sejuk dan celup kembali kedalam tepung. Biarkan ayam seketika agar ia sebati dengan salutan.

Selepas itu, goreng ayam sehingga masak keperangan.

Kesemua ayam yang siap digoreng setelah itu ditumbuk atau digrepek bersama sedikit sambal.

Kemudian, ayam geprek siap dan boleh dihidang bersama nasi, ulam-ulaman dan limau nipis.

Tips:

Sebelum menggoreng cili padi merah, patahkan cili atau potong kasar bagi menghindarkan ia meletup semasa menggoreng.

Untuk mendapatkan ayam goreng yang lebih rangup, ayam yang digoreng hendaklah tidak diletakkan kesemuanya sekaligus kedalam minyak panas tetapi diletakkan dua ketul terlebih dahulu kemudian baru masukkan yang seterusnya.

Resepi Che Nom

Resepi Ayam Goreng Honey Butter Ala Korea

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker