For Shahidan, Cukup-cukuplah dengan politik ni, rehat & beribadat
Pesanan buat Shahidan Kassim
RAMAI yang menyokong tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuat perubahan dengan menggantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kepada Datuk Seri Azlan Man.
Walaupun size negeri Perlis paling kecil tetapi kesan pelantikan yang baharu ini akan memberi impak yang besar demi memantapkan parti dan membuat persiapan menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) yang tidak pasti bilakah dapat diadakan.
Jasa Shahidan memang dikenang dan diucapkan ribuan terima kasih dan khidmat bakti individu ini yang telah matang dalam dunia politik tanah air janganlah terhenti selepas tiadanya jawatan tinggi dalam parti negeri.
Pelantikan dan penggantian dalam UMNO Perlis mendapat sokongan daripada banyak pihak termasuk glokalis Tun Sri Lanang.
Pada pandangan beliau, penggantian ini amat kena sekali kerana kita tahu bahawa bila UMNO kalah, Datuk Seri Persiden kasihan terhadap Shaidan yang tiada jawatan. Hanya sebagai Ahli Parlimen dari Perlis.
Oleh itu, ujar Tun Sri Lanang, bagilah jawatan Pengerusi ini kepada Shahidan. Malangnya apabila Shahidan mendapat jawatan negeri, beliau pula menjadi Pengerusi GLC atau Chairman GLC.
Pada hemat Tun Sri Lanang, Shahidan lupa tugasan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri di mana beliau perlu mengikut kehendak dan keputusan parti.
“Beliau menjadi jurucakap plak utk PPBM! Jadi, bila beliau sudah mengalih kiblat politiknya kpd PPBM (Bersatu) maka sebagai Presiden, Zahid Hamidi tiada pilihan selain menggantikan Shahidan.
“Lagi pun, selalunya atau lazimnya, seorang yang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar atau MB adalah juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri,” kata Tun Sri Lanang sambil menambah, senario itu adalah normal atau biasa.
Ditambah pula Shahidan sebagai berkata, negeri Perlis akan bekerjasama dgn Perikatan Nasional (PN) walhal keputusan parti adalah tidak bekerjasama, ujar Tun Sri Lanang sekadar mengingatkan semula tentang perkara ini (kerjasama atau tidak kerjasama dengan PN).
“Ini secara terang telah melanggar etika parti dan kehendak akar umbi.
“So brother Shahidan good luck with you dengan PPBM. Dan saya nak ingatkanlah, Datuk Seri sudah lima penggal menjadi Ahli Parlimen – 25 tahun sudah… sudah jadi MB dan jadi Menteri pun sudah juga.
“Sudah jadi Pengerusi GLC. Pencen pun tak habis makan sampai anak cucu. Bagilah pulak kepada muka baru. Bagi pda anak muda.
“Cukup-cukuplah dengan politik ni Datuk Seri oi. Rehat dan beribadat. Salam. Jasamu tetap dikenang,” kata Tun Sri Lanang sebagai akhir kalam. SM
Belang Bertempat
Wujud usaha terancang dalam UMNO untuk sokong Anwar, dakwa Shahidan
You must be logged in to post a comment.