[VIDEO] Ya Allah. Satu Lagi Video Iklan Judi Raya Muncul. Cuma Kali Ini Patuh Syariah Katanya Tapi Perli Siapa Tu..??

Pelawak Ali Puteh dan PU Rahmat memuat naik video menyanyikan lagu p.arodi raya judi di laman sosial Youtube. Ali ketika dihubungi berkata, lagu berjudul GD Bet Neraka itu merupakan ciptaannya dan PU Rahmat sendiri.

“Kami mula mendapat idea untuk memparodikan lagu tersebut selepas membaca berita tular mengenai lagu judi raya baru-baru ini.

“Bagaimanapun liriknya kami tukar ke dalam bentuk nasihat dan peringatan kepada orang ramai agar tidak terpengaruh dengan promosi dan m.uslihat tauke judi ini semua.

“Saya tidak kisah kalau orang anggap saya sengaja perli mereka yang terlibat kerana bagi saya perbuatan tersebut memang melampau.

“Yang of.fer sudah tentulah biadap yang menerima pula, seharusnya berfikir dengan lebih bijak sebelum berti.ndak.

“Lagi pula ia berlaku pada bulan seribu kemuliaan, iaitu bulan Ramadan,” katanya.

Tambah Ali lagi, dia dan PU Rahmat berasa kesal kerana bukan satu video yang diterbitkan tetapi lebih.

Lagu Iklan Patuh Syariah

“Bulan puasa bulan mulia tetapi telah dicemari dengan dosa. Lebih memalukan ia melibatkan orang Melayu kita, beragama Islam semata-mata kerana duit.

“Terang-terangan mengajak orang lain berbuat dosa dan ia perkara yang tidak dapat dimaafkan. Dalam masa yang sama, saya berharap agar d.alang di sebalik video-video ini dikenakan ti.ndakan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, kemunculan sebuah video GD.Bet333 Hari Raya berdurasi dua minit mengundang kemarahan orang ramai kerana mempromosikan aktiviti perjudian.

Lebih melampau apabila mereka menggunakan lagu latar Hari Raya dan perkara tersebut menying.ung sensitiviti umat Islam.

Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi itu mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan mereka.

Jaga-Jaga! Ada 2 Lagi MV Iklan Judi Raya Tunggu Masa Utk Dilancarkan – “Kali Ini Lebih Pendek”

MASYARAKAT diminta berhati-hati dengan kemungkinan penyebaran dua lagi video muzik (MV) bertemakan sambutan Aidilfitri bagi mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa dua video berkenaan hanya menunggu masa untuk disebarkan di media sosial.

“Kita baru menerima maklumat ada dua lagi video… tapi video ketiga dan keempat ini tidaklah seperti video pertama dan kedua.

“Ia lebih pendek dan juga hanya melibatkan nyanyian lagu raya serta ajak orang untuk terlibat dalam aktiviti perjudian, ” katanya dalam satu temubual bersama mStar di pejabatnya pada Isnin.

Sejak Khamis minggu lalu orang ramai dikejutkan dengan penyebaran dua MV raya promosi judi yang menggunakan khidmat pelakon sambilan dalam kalangan umat Islam.

Antara video iklan raya mempromosikan judi yang sedang disiasat.

Susulan itu seramai 18 individu termasuk pelakon bagi kedua-dua MV, ejen pencarian bakat, penyanyi serta kru produksi ditahan setakat ini bagi membantu si4satan.

Tambah Mohamad Zainal, pada petang Isnin pihaknya membebaskan enam individu yang direman sejak Sabtu dan Ahad termasuk dua pelakon bagi MV kedua.

“Apa yang kita dapat daripada siasatan awal, orang yang kita tahan mendedahkan beberapa nama dan insyaAllah kita akan kesan mereka sampai dapat.

Mohamad Zainal memberi keterangan berhubung isu iklan video raya yang mempromosikan perjudian atas talian.

“Kita harap dalam tempoh terdekat akan ada lagi tangkapan, kita sedang berusaha dan tak akan biarkan perkara ini terus berlaku dalam negara, kita kena bertindak segera, ” katanya.

Jangan martabat dan agama ini dijatuhkan oleh orang Islam sendiri. Kita harap tak ada lagi anak muda berlakon semata-mata nak cari duit seperti ini.

Selain itu Mohamad Zainal turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian.

“Saya juga ingin nasihatkan khususnya anak-anak muda apatah lagi yang beragama Islam supaya jangan terlibat dalam mempromosikan aktiviti jvdi.

“Tambahan lagi dalam bulan Ramadan, kita minta fikir banyak kali. Jangan hanya fikir profesionalisme tapi fikir juga akidah, agama kita.

“Jangan martabat dan agama ini dijatuhkan oleh orang Islam sendiri. Kita harap tak ada lagi anak muda berlakon semata-mata nak cari duit seperti ini, ” katanya.

Cari rezeki diredai ilahi

SAHABAT Rasulullah SAW, Abu Hurairah ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW pernah suatu ketika bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi ataupun tidak.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis itu isyarat jelas dan boleh dijadikan motivasi buat umat Islam supaya giat bekerja mencari sumber rezeki untuk keperluan hidup.

Penegasan Rasulullah SAW menerusi sabdanya itu turut memberikan makna bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya meminta-minta dalam menampung keperluan hidup.

Islam amat menyanjung tinggi keringat yang dicurahkan bagi setiap pekerjaan yang ditekuni secara halal di sisi syarak.-trendingsangat.pw

Kredit : mSTAR /AstroGempak

Iklan raya promosi judi: Kenapa tahan yang diupah? – Bront Palarae

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker