Biodata Artis Mila Jirin.

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang  Artis Mila Jirin dikemaskini pada 23 Apr 2021.Norsyarmilla binti Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila Jirin (lahir 23 Disember 1987) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima. Beliau berasal dari Pulau Pinang.
Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang.

Mila atau nama penuhnya Norsyarmilla binti Jirin diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan. 

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim kelima bersama Ebi, Aswad, Heliza, dan Candy. Pada 19 Mei 2007, beliau telah dinobatkan selaku juara Akademi Fantasia Musim 5 sekaligus memecah tradisi juara AF yang sering didominasi penuh oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi, dan Faizal juga menjadi pelajar wanita pertama menjadi juara AF. Beliau menjadi wakil utama Pulau Pinang yang berjaya melangkah ke konsert akhir disebabkan tiada seorang pelajar dari Pulau Pinang yang pernah berjaya melangkah ke konsert Akhir untuk musim-musim Akademi Fantasia yang lalu lagi. Wakil itu diikuti oleh Aswad.

Dia turut mengusahakan produk kecantikan, LuvMILA yang diselenggara LuvMILA Corporation Sdn Bhd (www.luvmila.com.my)


Mila Jirin

Kelahiran Norsyarmilla binti Jirin


23 Disember 1987 (umur 33)

Teluk Kumbar, Pulau Pinang, Malaysia

Pekerjaan Penyanyi, pelakon, usahawan
Pasangan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha@ Isz Mustapha ( 2015)
Anak 1
Ibu bapa
  • Haron Jirin Borhan (bapa)
  • Zarinah (ibu)

Kerjaya muzik

Instrumen Vokal
Tahun aktif 2007–kini
Pengkarya berkait Akim
Nubhan

FOTO


VIDEO

 

https://mykmu.net/2021/04/23/mila-jirin-menangis-dituduh-dah-laku-menyanyi/?relatedposts_hit=1&relatedposts_origin=294410&relatedposts_position=1

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker