17 pekerja di asrama Singapura dijangkiti semula Covid-19

Seramai 17 pekerja di asrama Westlite Woodlands yang telah pulih daripada COVID-19 didapati dijangkiti semula virus itu, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan ia berikutan operasi khas yang dilaksanakan oleh MOH dan Kementerian Tenaga Kerja bagi menguji penghuni asrama berkenaan.

Kes-kes itu dikaitkan dengan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun yang tinggal di asrama berkenaan dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 19 April.

Dilabelkan sebagai kes 62181, lelaki itu bekerja di Sembcorp Marine Admiralty Yard dan diambil bekerja oleh Prosper Environmental & Engineering Pte Ltd sebagai penyelia pembinaan.

 

Menurut MOH kes-kes berkenaan segera diasingkan dan dilaporkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Menurutnya pihak MOH bersama panel pakar yang terdiri daripada pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi, sedang menyiasat sekiranya kes itu merupakan jangkitan semula.

Setakat tengah hari Rabu, kementerian telah mengklasifikasikan 54,513 kes yang dilaporkan sebagai penghuni asrama, 4,025 kes import dan 2,342 kes dalam komuniti.

– Bernama

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker