Biodata, Profail dan Latar Belakang Ayda Jebat

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Ayda Jebat dikemaskini pada 22 Apr 2021. Nur Suhada “Ayda” Jebat (lahir 17 Mac 1992) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200% (2014). Kredit filem beliau termasuk Gila-Gila Remaja 2 (2013) dan Pinjamkan Hatiku (2017).

Beliau dilahirkan sebagai Nur Suhada binti Jebat pada 17 Mac 1992 di Ayer Keroh, Melaka dan beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik dalam keluarganya, beliau mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki. Salah seorang adik perempuannya ialah Nur Shafinaz atau lebih mesra disapa Fina. Beliau dibesarkan oleh ibunya selepas ibu bapanya bercerai.

 

Kelahiran
Nur Suhada binti Jebat17 Mac 1992 (umur 29)
Ayer Keroh, Melaka, Malaysia
Pendidikan Diploma Seni Muzik
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • duta
  • jurucakap produk
Tahun aktif 2011–kini
Ketinggian 5 ft 2 in (1.57 m)
Pasangan Nabil Mahir (k. 2021)
Saudara Fyna Jebat (adik)
Kerjaya muzik
Genre Pop, R&B
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman
Paranormal Talents Warner Music Malaysia
Instagram

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.57 meter.

2. Anak sulung daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki.

3. Adik perempuannya, Nur Shafinaz Jebat atau Fina Jebat juga merupakan penyanyi.

4. Bakat Ayda dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan. Bagaimanapun hanya bertahan hingga konsert minggu ketiga bertemakan ‘Operasi Gugur’.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

6. Memulakan karier sebagai penyanyi menerusi single ‘Beri Aku Waktu’ (bersama Afif).

7. Beliau tampil pertama kali dalam bidang lakonan menerusi telefilem Cer Citer Cinta yang antara lain dibintangi Rozita Che Wan dan Shahir (Akademi Fantasia 8). Diikuti antaranya, Calon Menantu, Cinta Hati Suri, Haji Tak Mabrur, Girlfriend Aku Dari Neraka, Kubur Berdarah, Sesejuk Coconut Shake, 3 Gadis Manis, Di Penghujung Sujud dan Retak.

8. Filem pertama beliau berjudul Gila-Gila Remaja dalam versi pembikinan semula untuk tahun 2013, membawa watak sebagai Zetty yang turut menampilkan pelakon Hairul Azreen, Faralyna Idris dan Bella Dally.

9. Ayda turut membintangi filem Oh Mak Kau dan Pinjamkan Hatiku.

10. Namanya sebagai pelakon mula meledak menerusi drama Rindu Awak 200%, membawa watak sebagai Armell Aisya, berlakon di sisi aktor Zul Ariffin.

11. Antara drama lain dilakonkannya seperti Peah Gosip, Tiara, Sahara, Epilog Cinta Khirana, Mira Sofea, Anugerah Terindah, Suami Sebelah Rumah, Isteri Separuh Masa, M. A. I. D, Menongkah Kasih, Awak Sangat Nakal, Ku Kirim Cinta, Dekatkan Jarak Kita dan Cinta Bukan Kristal.

12. Turut mencipta nama di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Pernah membintangi telefilem Indonesia untuk siaran RTV berjudul From Hater to Lover dan muncul dalam video muzik lagu Biar Saja oleh kumpulan De Meises.

13. Sebagai penyanyi, Aida merupakan pelantun lagu Beri Aku Waktu, Cinta Lara, Siapa Diriku, Fairytale, Sinaran, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal, Bawaku Berkelana, Mata, Pinjamkan Hatiku dan Temberang.

14. Beliau juga pemegang trofi pelbagai anugerah popular seperti Anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-3, Artis Paling Popular APM di Anugerah Planet Muzik ke-15 dan Lagu Terbaik (Malaysia) di Anugerah Planet Muzik ke-17.

FOTO

 

VIDEO

 

Debaran Ayda Jebat menunggu diijab kabul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker