Resepi kuih lopes untuk buka puasa


Resepi Kuih Lopes Guna Rice Cooker

Masa Penyediaan: 10 minit,
Masa Memasak:20 minit,
Jumlah Hidangan:5 orang

Kuih Lopes, kuih traditional melayu yang secara tradisinya disediakan dengan menggunakan daun pisang dan dikukus, tapi kali ni kita guna cara mudah je iaitu gunakan rice cooker.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk jus pandan:

5-6 helai daun pandan
1 cawan air

Bahan-bahan untuk lopes:

2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
air jus pandan (dari atas)
Air secukupnya, untuk smpai paras 1 ruas jari (lebih sikit)
1/2 sudu kecil Pewarna hijau

Bahan-bahan untuk air gula:

1-2 cawan air
1 ketul gula melaka
2 sudu besar gula perang Thai (optional)
1 sudu besar gula putih
1-2 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk kelapa parut:

1/2 biji kelapa parut
Garam secukup rasa
Daun pandan

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk lopes:

Gunting kasar daun pandan, bland, tapis dan ambil airnya.

Pulut susu bersihkan.

Masukkan air pati pandan dan pewarna hijau (optional)

Masukkan santan cair (optional) dan tambah sikit air (air lebih sedikit dari masak nasi @ lebih sikit dari satu ruas jari)

*Boleh ganti dengan santan kotak (2-3 sudu) dan air secukupnya.

Masak dalam rice cooker.

Cara-cara untuk air gula:

Masukkan air, gula melaka, gula perang thai (optional) dan gula putih.

Kemudian masukkan daun pandan yang dicarik dan disimpul.

Masak hingga kesemua gula larut dan sedikit pekat.

Tambah sedikit gula thai untuk memberikan warna gula yang lebih gelap.

*Kalau tak ada boleh guna gula melaka dan gula putih.

Bila larut dan sedikit pekat boleh la tapis dan sejukkan.

Cara-cara untuk kelapa parut:

Kelapa parut kukus dan tabur dgn sedikit daun pandan.

Bila dah kukus, keluarkan dan tabur dengan garam secukup rasa untuk rasa lemak.

Masukkan pulut tadi dalam acuan (bulat) dan gaulkan dengan kelapa parut.

Atau masukkan dalam bekas tupaware bulat kecil kemudian ambil satu lagi bekas yang sama, tekan rapat dan gaulkan dengan kelapa parut.

Boleh sejukkan dulu sebelum makan, ikut selera anda.

Resepi Che Nom

Resepi Kuih Seri Muka Pasti Jadi dan Sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker