Netizen tanya, lama siasatan kes SOP Neelofa.. dah 25 hari majlis
LAGI enam hari, genaplah sebulan pernikahan Neelofa dan pasangannya, PU Riz.
Ramai warga maya menghitung hari pernikahan usahawan terkenal dan pasangannya yang juga seorang ‘ustaz’ muda kerana bersebab.
Sebabnya kerana isu dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahan pasangan itu yang berlangsung 27 Mac lalu.
Lagi pula, hari ini tular berita kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung kes itu yang mana tindakan belum dimuktamadkan.
Mengikut laporan, kes ini dirujuk balik kepada Jabatan Peguam Negara dan polis menunggu arahan selanjutnya.
Macam-macam komen diberikan netizen dan yang pastinya berlegar kepada persoalan kenapa siasatan mengambil masa terlalu lama?
Neelofa dan pasangan juga sudah memberikan keterangan awal bulan ini.
Mereka juga membandingkan bagaimana ada kes tertentu yang dapat disimpulkan bentuk tindakan dalam masa yang lebih singkat.
Walhal situasi setiap kes tidaklah sama dan dalam kes Neelofa ini sampai membabit isu “Melangkawi”, tentulah lebih rumit.
Apa pun, begitulah seriusnya perhatian diberi netizen berhubung persoalan pematuhan SOP yang memang ramai ambil berat kerana semua terkesan.
Justeru, apabila ada segelintir individu apatah lagi bergelar kenamaan dan selebriti melanggarnya, ia pantas menjadi tular.
Inilah indahnya demokrasi, ramai menjadi pemerhati yang akan mengukuhkan sistem dalam petadbiran negara.
Kita tunggulah siasatan dimuktamadkan beradasar arahan Timbalan Pendakwa Raya. Utv
Biodata dan Latar Belakang Neelofa