Kanak-kanak 3 Tahun Positif Dadah Angkara Bapa Tiri..Polis Buru Saspek

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun positif dadah jenis amfetamina dan methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, laporan itu diterima daripada doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (Wad Wanita dan Kanak-Kana) berkaitan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kanak-kanak berkenaan tiga hari lalu.

Mohd Fazley berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dijaga oleh bapa tirinya di Nilai pada 14 April lalu.

“Keesokan harinya, ibu kepada kanak-kanak itu membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan kerana melihat anaknya berkelakuan aneh dan tidak seperti kebiasaannya.

“Rawatan yang dilakukan di hospital berkenaan mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis amfetamina dan methamphetamine,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, alamat terakhir lelaki yang bekerja sebagai tukang jahit dikenali sebagai Mohd Faresh Khalid, 38, itu adalah di C-13-7 Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan PT 8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-800 5225 dan Pegawai Penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-3333 0025 atau Inspektor Normi Hashim (013-694 9623) atau mana-mana balai polis berhampiran.-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker