Wow! Mona Allen dedah pernah dapat tawaran iklan judi


BELUM reda lagi isu penularan video muzik (MV) iklan raya yang mempromosikan judi atas talian, terbaharu aktres Mona Allen mendedahkan dirinya pernah diberi tawaran yang menggunakan modus operandi yang seakan sama.

Membongkarkan kegiatan terkutuk itu menerusi Instastorynya, Mona yang juga isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu bagaimanapun membuat tindakan tepat apabla menolak tawaran terbabit.

Malah, Mona,36, turut mendedahkan tangkap layar mesej langsung (DM) individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hanna dan mengaku bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat kasino dalam talian.

“Dapat juga tawaran (offer) iklan judi. Kasino? Adakah anda serius (Are you serious?). Bulan puasa ini…awak ini bukan muslim ke?,” balas Mona.




TANGKAP layar mesej perbualan Mona dan ejen perjudian atas talian

Namun begitu, wanita tersebut lantas memohon maaf selepas menerima kiriman balas daripada Mona yang menolak tawaran tersebut dan mempertikaikan tindakannya.

“Minta maaf ya sis. Tak minat, tak apa sis. Maaf ya dan menganggu sis,” tulis individu terbabit. Utv

MELAMPAU!, ramai kecam iklan judi online kait dengan raya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker