Dr Yusuf al-Qaradawi positif COVID-19 walau telah divaksin


Dr Yusuf al-Qaradawi positif COVID-19 walau telah terima vaksin sebelum ini.
TOKOH ulama dunia, Syeikh Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi, disahkan positif COVID-19 dan kini berada dalam keadaan baik serta menerima penjagaan sewajarnya.

Makluman mengenai kesihatan Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah serta presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa itu disahkan menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

Dalam hantaran di Twitter, umat Islam dimohon mendoakan kesembuhan dan kesejahteraannya.

“Sheikh Al-Qaradawi dijangkiti COVID-19 dan beliau kini dalam keadaan baik, syukur kepada Tuhan.



“Beliau sedang dirawat, pengikutnya diharap bertenang dan kami meminta anda mendoakan pemulihan serta kesihatannya,” kata ciapan di Twitter.

Al-Qaradawi, 94, berasal dari Mesir dan kini menetap di Qatar.

Intelektual Islam terkenal itu pernah menerima Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah Kebangsaan pada 1431/2009.

Baca artikel berkaitan: 40 barisan hadapan dijangkiti Covid-19 selepas terima vaksin



Sebelum ini, anaknya, Abdul-Rahman Yusuf Al-Qaradawi, turut mengesahkan berita itu di akaun Twitter dan memaklumkan bahawa bapanya sudah menerima vaksin COVID-19 sebelum ini.

Beliau juga meminta masyarakat mendoakan kesihatan ayahnya, lapor Agensi Berita Saudi (SPA). Utv

Ulama terkenal Qaradawi gesa masjid seluruh dunia batal solat Jumaat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker