Ulama terkenal Qaradawi gesa masjid seluruh dunia batal solat Jumaat

Ulama tersohor Yusuf al-Qaradawi menggesa masjid di seluruh dunia menggantung semua solat berjemaah, termasuk solat Jumaat mingguan bagi mengekang penularan Covid-19.

Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar melaporkan gesaan itu dibuat menerusi Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) yang diketuai Qaradawi.

Pendirian IUMS, yang menghimpunkan puluhan ribu ulama dari seluruh dunia, menyusul tindakan beberapa negara membatalkan perhimpunan keagamaan.

Perlis membatalkan solat Jumaat di seluruh negeri itu 2 hari lalu, manakala pihak berkuasa Singapura menghentikan semua aktiviti masjid selama 2 minggu untuk kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Bagaimanapun, Putrajaya mengeluarkan garis panduan kepada umat Islam untuk ke masjid, termasuk menasihatkan mereka berwuduk di rumah.

Semalam, sejumlah pesakit baru Covid-19 dikesan ada kaitan dengan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling pada akhir bulan lalu yang dihadiri 10,000 jemaah.

Pihak berkuasa merayu peserta perhimpunan itu menjalani saringan kesihatan di klinik berhampiran.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker