Tamparan buat Kerajaan PN, Hashtag #KerajaanGagal Trending No 1 Di Twitter
Tanda pagar #KerajaanGagal jadi trending nombor 1 di Twitter. Itu signal rakyat kecewa cara PN memulih ekonomi dan memerangi Covid-19.
Frontliners telah bertungkus lumus selama setahun. Sudah tentu bukan salah mereka. Mereka bertugas sehingga tinggal anak isteri.
Sebab itu perancangan dan dasar kerajaan yang lemah dan tidak konsisten jadi sasaran kritikan rakyat di media sosial.
SOP PKP dan PKPB adalah isu utama kerajaan dikritik hebat oleh nitizen. SOP berat sebelah, layanan berbeza termasuk kuat kuasa yang tidak tegas.
Kerajaan pernah disarankan supaya teruskan PKP yang ketat untuk tempoh tertentu. Biar virus terputus. Susah dulu, senang kemudian.
Kerajaan PN Nafi Barang Naik, Tapi Najib ‘Kantoikan’ Dengan Data Kerajaan Sendiri
Begitu juga kerajaan disarankan supaya kilang kilang dihadkan operasinya kerana kluster tempat kerja jadi penyumbang besar kenaikan kes Covid.
Tetapi kerajaan beri banyak kelonggaran atas alasan ekonomi.
Kerajaan gagal melakukan keseimbangan antara pemulihan ekonomi dengan dasar memerangi Covid-19 yang ketat.
Berdasarkan vaccine tracker Bloomberg kadar vakinasi di Malaysia ialah 26,524 dos setiap hari. Bermakna Malaysia perlu 4.9 tahun untuk capai tahap 75% rakyatnya diberi vaksin. Indonesia perlu 3.3 tahun,
Mohon KJ cepatkan vakinasi bukan cepatkan pemilihan UMNO.
FB: Dr. Puad Zarkashi
You must be logged in to post a comment.