Ronnie Liu jawab kontroversi ucapan ‘DAP tak boleh cairkan kecinaannnya’


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Selangor Ronnie Liu menepis kritikan rakan seperjuangannya Tony Pua dan Hannah Yeoh susulan kenyataan kontroversinya supaya DAP tidak “mencairkan kecinaannya” untuk meraih sokongan Melayu.

Liu berkata Pua dan Yeoh telah menyalahtafsirkan kenyatannya dalam pelancaran buku veteran DAP Liew Ah Kim di Klang pada Ahad.

“Ucapan asli saya dalam bahasa Mandarin.

“Yeoh dan Pua tafsiran sendiri dan prejudis terhadap saya dan mula hentam saya,” kata Liu tanpa menghuraikan maksud salah faham itu,” katanya.

Terjemahan ucapan itu adalah seperti berikut:

“DAP adalah parti pelbagai kaum. Parti ini tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik kita.

“Kita harus memelihara budaya parti, serta semangat perlembagaan parti, perjuangan politik pluralistik dan demokratik.

“DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.

“Kamu tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dengan pendekatan ini.”. Mk

‘Liu tak mewakili saya’, Yeoh kecam kenyataan rakan DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker