Peguam: Hakim kelihatan ‘bermotivasi’ pertanggungjawabkan Najib



Sebaran :


Mahkamah Rayuan hari ini mendengar hujah peguam bahawa hakim perbicaraan kes rasuah melibatkan dana RM42 juta SRC International kelihatan “bermotivasi” untuk mengadili Najib Razak.

Peguam bela Najib, Farhan Read berhujah demikian semasa pendengaran rayuan untuk membatalkan sabitan dan hukuman bersalah ke atas bekas perdana menteri itu.

“Nampaknya wujud keinginan untuk mempertanggungjawabkan tertuduh. Hakim bermotivasi untuk menahan tertuduh supaya dipertanggungjawabkan.



“Undang-undang jenayah bukanlah jalan tepat bagi tertuduh untuk dipertanggungjawabkan, seperti yang dituduh telah dipertanggungjawabkan ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14,” Farhan berhujah di hadapan tiga panel hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil.

Panel terdiri daripada dua lagi hakim Mahkamah Rayuan, Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

Sebelum ini, pasukan peguam Najib berkata, Mahkamah Tinggi seakan telah menambah hujah tambahan pada keputusan penghakiman penuh anggota parlimen Pekan itu.



Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah ke atas satu tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta daripada SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pasukan pembelaan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu rayuan.



SRC adalah bekas anak syarikat 1MDB. Syarikat itu kemudiannya dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Selain menjadi perdana menteri pada masa itu, Najib juga merupakan menteri kewangan, penasihat SRC, dan ketua lembaga penasihat 1MDB. Mk

Mahkamah dimaklumkan Najib tiada apa kepentingan dalam SRC


Sebaran :


Leave a Reply