Rais mahu wakil rakyat tak digantung tugas jika ada kes mahkamah

Jika penjawat awam harus digantung tugasnya apabila berhadapan kes di mahkamah, mengapa hal sama tidak turut berlaku kepada wakil rakyat?

Begitu persoalan dibangkitkan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Sedangkan, katanya, menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, setiap rakyat harus mendapat hak sama rata.



Oleh hal yang demikian, usulnya, satu kaedah harus difikirkan bagi mengenakan satu bentuk hukuman ke atas wakil rakyat yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Sekarang ini kita lihat, seseorang penjawat awam apabila didakwa di mahkamah, semua khidmatnya digantung, tak boleh bergerak.

“Tetapi bagi wakil rakyat atau parlimen misalnya, mereka terus boleh bergiat, waima telah dikenakan beberapa syarat termasuk jamin, ataupun termasuk hukuman (bersalah) lantaran mereka membuat rayuan. Tetapi dalam dunia penjawat awam ini tidak berlaku.

“Jelasnya (untuk) wakil rakyat wajar difikirkan apakah struktur pascahukuman yang perlu dilalui, yang sekarang ini tidak ada jawapannya, seperti yang kita lihat di sekitar.



“[…] (Berbeza dengan penjawat awam) Mereka (wakil rakyat) masih terus boleh berkhidmat dan menjalankan tugas yang ada padanya dan dianggap adalah sah,” katanya.

JPJ tawar pengurangan saman sehingga 70 peratus

Dia berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Budi Asas Tamadun dan Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) hari ini.



Dia berkata demikian semasa menekankan aspek budi (virtue), yang katanya turut perlu ada di dalam diri para pemimpin.

Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan itu tidak menyebut nama mana-mana wakil rakyat yang dimaksudkan.

Perkara 8 yang dipetik Rais menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Beberapa pemimpin politik yang juga wakil rakyat telah dijatuhkan hukuman bersalah di mahkamah atas kesalahan rasuah, seperti bekas presiden Umno Najib Razak (ahli parlimen Pekan) dan Tengku Adnan Tengku Mansor (ahli parlimen Putrajaya).



 

Sementara Tengku Adnan masih menunggu rayuan, permohonan Najib di Mahkamah Rayuan berhubung rayuan sabitan kesalahan rasuah kes SRC International sedang berjalan.

Beberapa lagi pula berdepan pertuduhan di mahkamah, antaranya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (ahli parlimen Bagan Datuk) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (ahli parlimen Baling), dan Ahmad Maslan (ahli parlimen Pontian).

Dalam pada itu, Rais turut bersetuju dengan saranan agar ahli politik melakukan gencatan senjata sempena menjelangnya Ramadan.



Katanya, bulan Ramadan harus dihormati, bukan dicemarkan dengan fitnah, kata sinis dan tohmahan yang boleh memecah belahkan.

“Orang berkata bahawa dalam bulan Ramadan, semuanya aman damai malah dikatakan dianggap sebagai syaitan dan tidak dibenarkan berinteraksi dengan mereka. Ini kan pula manusia?

“[…] Dan sebahagian besar daripada perpecahan ini saya lihat dalam kalangan ahli politik Melayu, bukan dalam kalangan pihak lain. Dan Melayu merupakan Muslim.

“Kenapa tidak hormat dengan tuntutan agama dan jika itu dapat dilaksanakan, rakan bukan Melayu pun akan hormat dengan kita sebab Melayu adalah golongan majoriti di negara ini,” katanya.



Azmin dijangka bertembung Amirudin di Gombak pada PRU15

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker