Logo capal di kepala langgar fitrah insani, kata mufti
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang mengingatkan lakaran atau logo capal di kepala melanggar norma fitrah insani.
Beliau menegaskan kepala manusia adalah tempat yang mulia, sedangkan capal tempatnya adalah di kaki.
“Kita yakin Nabi Muhammad SAW pun tidak menyukai capal yang digunakan di kaki tiba-tiba diletakkan di atas kepala. Itu bercanggah dengan norma fitrah insani.
“Sekiranya ada dijual capal seperti Nabi Muhammad pakai, tidak ada sebarang masalah untuk kita beli dan pakai, cuma kita minta masyarakat boleh menilai sesuatu perkara yang bercanggah dengan fitrah,” lapor BH.
Syeikh Fadzil berkata demikian pada sidang media penetapan kadar zakat fitrah Kedah 2021 di Menara Zakat di Alor Setar, hari ini.
Menurutnya, isu tabarruk (mengambil keberkatan terhadap sesuatu yang terkait dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW) berlaku pada zaman sahabat, namun sahabat mengambil keberkatan daripada peralatan, pakaian dan sebagainya yang sebenar digunakan Nabi Muhammad.
Jelasnya, ia termasuk rambut, serban, baju dan capal yang dipakai oleh Baginda.
“Contoh yang lain ialah kayu sugi digunakan Baginda, isteri Baginda, Saidatina Aishah RA turut menggunakan kayu sugi Baginda, itulah yang dinamakan tabarruk.
“Ini pula hanyalah sekadar lakaran dan logo dan ia tidaklah seperti tabarruk yang dilakukan oleh sahabat Baginda,” tambahnya lagi.
Replika capal perlu dialihkan ke ruang bersesuaian – Jabatan Mufti Perak
You must be logged in to post a comment.