Berpuasa sambil menyusukan anak, sudahkah anda bersedia?



Sebaran :


BULAN Ramadan merupakan antara bulan yang paling mencabar untuk ibu hamil dan ibu yang sedang menyusukan anak.
Keletihan, kurang zat dan nutrisi antara isu yang dihadapi golongan tersebut sekiranya diet yang diamalkan sepanjang bulan puasa ini tidak betul.

Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Ainul Rhyshikin Yusof, bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, amalan diet yang tepat itu perlu untuk memastikan nutrisi kepada diri sendiri serta bekalan susu untuk bayi tidak terjejas.

Berikut antara tip untuk ibu yang sedang menyusu menyusun diet sepanjang Ramadan ini:



Pastikan minum air sebanyak 500 mililiter semasa sahur.

Selepas berbuka, minum 1 hingga 1.5 liter air sehingga 30 minit sebelum tidur.

Jaga pemakanan.



Pastikan mengambil makanan berat (tinggi serat) ketika sahur.

Kurangkan makanan yang tinggi dengan lemak, gula dan garam.

Berbuka dengan makanan tinggi tenaga, padat nutrisi dan seimbang.



Kalau kita sering berbuka dengan juadah seperti kuih-muih dan manisan, seeloknya tukarkan kepada buah-buahan. Buah-buahan adalah sumber vitamin C dan serat yang penting untuk ibu menyusu.

Untuk snek atau kudapan pula, sediakan stok kurma, kismis, atau kekacang banyak-banyak. Selain mengawal nafsu makan, kita pun dapatlah menjaga berat badan tanpa menjejaskan penghasilan susu.

Untuk ibu yang menyusukan anak, jangan lupa konsep penawaran dan permintaan.



Jangan lupa untuk memastikan payudara dikosongkan setiap 3 hingga 4 jam.

Bila perlu berbuka puasa?

Ibu risaukan kesihatan anak



Anak kurang aktif
Berat anak kurang
Pembuangan air kecil anak kurang
Menangis berterusan

Ibu risaukan kesihatan diri

Air kecil terlalu pekat
Pening atau sakit perut



Puasa Nak Dekat Tapi Selalu Sakit Kepala, Apa Nak Buat?


Sebaran :


Leave a Reply