Lepas rindu solat tarawih di surau, masjid

JOHOR BAHRU – Kira-kira 250 jemaah menunaikan solat sunat tarawih di Surau Raudhatul Jannah Taman Sierra Perdana, Masai di sini malam ini.

Kedatangan bulan Ramadan tahun ini ibarat melepaskan rindu umat Islam seluruh negara selepas tidak dapat dilaksanakan tahun lalu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Tinjauan Kosmo! mendapati seawal solat fardu maghrib penduduk taman mulai memenuhi surau untuk tidak melepaskan peluang menunaikan solat tarawih tahun ini.

Pengerusi surau, Wan Nordin Wan Kassim, 63, berkata, pihaknya mengawal kemasukan jemaah yang hadir bagi mematuhi prosedur operasi satndard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Ahli jawatan kuasa (AJK) surau yang bertugas memastikan setiap jemaah mengimbas suhu sebelum memasuki ruang dalam masjid serta membawa sejadah sendiri dengan penjarakkan fizikal satu meter antara jemaah.

“Alhamdulillah syukur tahun ini kita dapat menunaikan solat sunat tarawih di surau dan masjid,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Imam surau, Ustaz Khairul Nizam Mahpob mengetuai kira-kira 250 jemaah

Sultan Nazrin perkenan solat Jumaat dilaksana di Perak, maksimum jemaah 40 orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker