Terlupa kadar zakat fitrah? Ini maklumat bayaran zakat fitrah seluruh negara


BILA tiba bulan Ramadan, lazimnya – solat sunat Tarawih, zakat fitrah, bazar Ramadan, bufet buka puasa – antara yang sinonim dengan bulan penuh keberkatan ini.

Artikel kali ini menjurus kepada zakat fitrah memandangkan ia adalah amalan wajib yang perlu dilakukan namun kadangkala ada yang terlupa menunaikannya.

Daripada Ibnu Umar, bahawa Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Zakat fitrah mestilah ditunaikan sebelum solat sunat Aidilfitri.

Jika ditunaikan selepasnya maka ia tidak lagi dikira zakat fitrah namun hanya dinilai seperti sedekah biasa.

Bagi memudahkan anda menyediakan wang untuk menunaikan zakat,

Berikut adalah senarainya:

Perlis – RM7
Kedah – RM7, RM14, RM 21
Pulau Pinang – RM7, RM 12, RM16
Perak – RM7, RM14, RM21
Selangor – RM7, RM14, RM21
Negeri Sembilan – RM7
Melaka – RM7, RM14
Johor – RM7, RM10
Pahang – RM7
Terengganu – RM7
Kelantan – RM7, RM14, RM 21
Sarawak – RM7
Sabah – RM7
Wilayah Persekutuan – RM5, RM7, RM14

Diharapkan dengan maklumat ini, anda boleh merancang sebaiknya waktu untuk menunaikan zakat pada tahun ini.

Pakai Mercedes tapi datang minta zakat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker