Puasa Nak Dekat Tapi Selalu Sakit Kepala, Apa Nak Buat?

Sebaran :


Mungkin bagi segelintir orang masalah sakit kepala cuma perkara remeh yang tidak perlu dirisaukan sangat, tetapi berlainan pula bagi individu yang kerap mengalaminya.

Apatah lagi terpaksa mengharungi rasa loya, pening, dan juga rasa seperti jarum menucuk-nucuk di kepala akan membuatkan sesiapa saja tidak mahu mengalami situasi begini sepanjang sebulan berpuasa nanti.

Jangan risau kerana ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi menangani masalah yang dialami, nak tahu bagaimana ikuti kupasanya di bawah.

Khuatir Diserang Gastrik Masa Puasa, Ini Yang Kamu Perlu Buat



Elak makan ubat berlebihan

Bermula dari sekarang elakkan penggunaan ubat-ubatan yang berlebihan kerana menggunakan ubat sakit kepala atau ubat tahan sakit secara berlebihan akan beri kesan sampingan lain.

Bukan itu saja, ia juga boleh menyebabkan sakit kepala yang dihadapi makin menjadi kuat, dan dos ubat tidak lagi berkesan menahan sakit yang dialami.

Elakkan Minum Minuman Mengandungi Kafein



Bagi pengemar minuman berkafein seperti air coklat hitam, air teh hijau, air kopi, air espresso dan seumpama dengannya, kamu hendaklah mengurangkan atau elakkan dari meminum minuman seperti ini.

Kerana kandungan kafein yang terdapat dalamnya boleh menyebabkan rasa sakit kepala menyerang, oleh itu dengan mengelakkan minuman berkafien secara tidak langsung kamu dapat elakkan diri dari mengalami rasa sakit kepala sepanjang hari terutama bulan puasa nanti.

Kitaran Waktu Tidur Haruslah Konsisten Dan Mencukupi

Nah, yang ini penting jika kamu betul-betul nak tangani masalah kekerapan sakit kepala yang dialami iaitu dengan menjaga kitaran waktu tidur.



Otak dan tubuh manusia memerlukan waktu rehat yang mencukupi untuk baiki sel tubuh badan yang penat seharian suntuk bekerja tanpa rehat, justeru itu amalkan waktu tidur yang mencukupi dan konsisten boleh mengelakkan diri dari mengalami masalah ini.

Berhenti Merokok Dan Rajin Bersenam

Jika kamu merupakan seorang perokok maka belajar untuk berhenti merokok kerana ia adalah salah satu sebab mengapa kamu kerap kali mengalami masalah sakit kepala.

Selain itu, kamu juga harus rajin bersenam untuk mengaktifkan sel otak dan tubuh badan agar dapat menghindari segala penyakit yang tidak baik seperti sakit kepala, obesiti dan sistem penghadaman.

Jangan Tinggal Makan Dan Elak Perkara Yang Buat Diri Tertekan

Tabiat yang satu ini juga merupakan masalah yang menyebabkan kamu sering mengalami sakit kepala, oleh itu penting untuk kamu jaga waktu makan dari sekarang.

Apatah lagi dalam beberapa hari saja lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan, penting untuk kamu ajar diri untuk makan ikut masa agar dapat elakkan rasa sakit kepala, pening dan loya dek kerana kamu tidak menjaga makan.

Tambahan lagi kamu juga perlu elak buat diri merasa tertekan, jika kamu mempunyai masalah cuba luahkan kepada orang yang boleh kamu percayai.

Atau cuba menulis dalam buku nota segala masalah yang membelenggu fikiran, dan perlahan-lahan mencari jalan penyelesaian daripada membebani minda kamu hingga sakit kepala menyerang.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kamu menangani masalah sakit kepala yang dihadapi, dan bersedia sepenuhnya untuk menjalani ibadah puasa yang diredhai-NYA. Selamat beramal!

Diabetes dan Ramadan, cabaran atau peluang?


Sebaran :

Leave a Reply