Ibu Surya, remaja yang dibunuh sahabat sendiri meninggal dunia

PETALING JAYA: Ibu kepada remaja perempuan, Siti Nur Surya yang dibunuh kejam tahun lalu di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang, Hulu Terengganu, meninggal dunia akibat kanser otak.

Memetik laporan Sinar Harian, abang sulung Siti Nur Surya, Mohd Zarif Amer, 30, berkata, ibunya Zaini Musa, 55, yang menghidap kanser dua tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Kampung Beladau Kepong petang Jumaat.

Zarif berkata ketika hayat ibunya masih ada, selepas tragedi menimpa Siti Nur Surya, kesihatan arwah ibunya itu lebih baik tetapi hanya bertahan dalam tempoh sebulan.



Tambahnya, sejak pemergian Surya, ibunya sering meminta adik-beradiknya yang lain mencarinya kerana menyangka gadis malang itu yang selama ini menjaganya telah melarikan diri dari rumah.

“Ibu ingat-ingat lupa apa yang menimpa arwah tetapi setelah ditenangkan dan diceritakan semula kejadian sebenar yang arwah sudah tiada, dia terus diam,” katanya, menurut akhbar Sinar Harian.

Katanya, jenazah Allahyarhamah ibunya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat jam 10 malam semalam.

Siapa tak ada telur sekarang?



Jenazah Siti Nur Surya ditemui tertiarap dengan pergelangan tangan kirinya terputus di samping kesan kecederaan lain pada bahagian muka dan badan, pada pada 9 pagi 1 November tahun lalu.

Susulan daripada kejadian itu, seorang remaja perempuan yang juga rakan baik arwah ditahan ketika tampil di Balai Polis Telemong, Hulu Terengganu, pada jam 7.30 pagi.

Hasil keterangan diberi remaja yang bersekolah bersama arwah dari tingkatan satu hingga lima itu mencurigakan lalu tangkapan ke atasnya dilakukan untuk siasatan lanjut.



Difahamkan, remaja berusia 19 tahun itu kini sudah didakwa di mahkamah di bawah kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Mahathir perlu bertanggungjawab apa yang berlaku sekarang – Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker