[VIDEO] Penduduk Kampung Di India Cuba Hidupkan Mayat Guna Ritual Pelik

NEW DELHI – Sekumpulan penduduk kampung cuba untuk menghidupkan semula mayat seorang lelaki dalam upacara pelik di sebuah perkampungan di timur India, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dalam satu klip video yang dimuat naik di internet, penduduk kampung tersebut dilihat memukul dada mayat seorang lelaki dikenali sebagai Rabi Nahak dalam cubaan untuk menghidupkannya kembali.

Upacara sama turut menyaksikan seorang lelaki mencurahkan air daripada sebuah jag pada wajah si mati sambil badannya ditutup dengan kain yang kelihatan seperti bendera. Mereka turut menaburkan bunga pada mayat tersebut.

Beberapa individu kemudiannya menyapu mayat Rabi menggunakan sebuah objek yang ditutup dengan kain berwarna hitam.

Rabi yang berasal dari kampung berdekatan, mati selepas dikejarkan ke hospital. Lelaki itu jatuh sakit baru-baru ini.

Keluarganya bagaimanapun tidak membuat upacara pembakaran mayat menurut adat agama Hindu tetapi cuba menghidupkan semula mayat lelaki itu melalui ritual pelik.

Penduduk kampung tersebut gagal untuk menghidupkan semula mayat Rabi meskipun telah berulang kali mencubanya. – Agensi

VIDEO DIBAWAH:-

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker