Tak serik-serik, lagi daging import diragui halal dirampas


TAK serik-serik.

Dalam tahun ini sahaja, sudah banyak kali dilaporkan rampasan daging import sama ada kerbau, kambing, ayam dan lain-lain.

Puncanya, kerana diragui status halal.

Terbaru, hampir 56 tan atau 56,000 kilogram (kg) daging kerbau sejuk beku dari India dirampas di Butterworrth.

Rampasan ke atas daging bernilai lebih RM600,000 itu kerana labelnya disyaki menggunakan maklumat tidak tepat dengan yang diisytiharkan pada sijil halal.

Tindakan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang itu hasil dua pemeriksaan berasingan di Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT) Isnin serta Selasa lalu.

Pengarah MAQIS negeri, Noriah Dahlan berkata, terdahulu dalam kejadian jam 5.30 petang Isnin dan 12.50 tengah hari Selasa lalu itu, anggota melakukan pemeriksaan terhadap dua kontena yang baru tiba di pelabuhan berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati keseluruhan daging kerbau sejuk beku dalam kontena terbabit disyaki dilabel menggunakan maklumat tidak tepat dengan yang diisytiharkan pada sijil halal.

“Susulan itu, sebanyak 3,748 kotak daging kerbau sejuk beku seberat 55,994 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM603,932.76 terbabit dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan:Bukan selori, tapi tiga kontena daging seludup diragui halal dirampas MAQIS

Dua kali MAQIS rampas ayam beku diragui halal dari Thailand minggu ini

Noriah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Mengikut seksyen ini, mana-mana orang memberi maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian, adalah menjadi suatu kesalahan.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Beliau menegaskan, MAQIS sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian serta mikroorganisma yang diimport ke negara ini, bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar, selain mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan. Utv

Daging kerbau RM4.3 juta guna sijil halal mengelirukan dirampas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker