Pembongkaran Rakaman Audio Menjadikan Kedudukan Zahid Semakin Goyah – KJ

Sebaran :

Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau Khairy Jamaludin yang mengulangi gesaan supaya pemilihan UMNO perlu diadakan berkata, kedudukan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam parti tersebut semakin tidak kukuh.

Khairy berkata, ini berikutan kebocoran satu klip audio yang didakwa sebagai perbualan antara Ahmad Zahid dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikutan itu, beliau mengesa agar Majlis Tertinggi parti itu untuk bertemu segera dan membenarkan untuk pemilihan parti itu diadakan secepat mungkin.

“Saya rasa, ramai ahli dalam parti kurang selesa dengan perbualan telefon yang didakwa antara presiden parti kita dengan Anwar. Kedudukan Ahmad Zahid pada saya, kini tidak lagi kukuh dan cara terbaik untuk bergerak kehadapan adakan pemilihan parti,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Kesedaran Autisme CHAMPS-NASOM 2021 di Subang Jaya, hari ini.

Anwar calon Perdana Menteri PH

Baru-baru ini, satu rakaman audio perbualan antara dua individu dengan suara menyamai Ahmad Zahid dan Anwar, yang didakwa berlangsung selepas Perhimpunan Agung Umno, bocor di sosial media.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu rakaman audio perbualan tersebut perlu diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat, bagi memastikan perkara berkenaan dapat diketahui kebenarannya.

“Berhubung isu ini kena tanya empunya badan sendiri, katanya (Ahmad Zahid) mahu buat laporan polis, kalau ya, biarkan polis untuk menyiasat.

“Mereka (parti) hanya mahu tahu kebenaran, dalam politik ini orang cari peluang sahaja kadang-kadang perkara kecil jadi besar, jadi macam-macam perkara berlaku. Soalnya, kalau ada report polis biar isu itu disiasat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan E-Kasih 2021, di Johor Bahru hari ini.

Ditanya sama ada sudah mendengar rakaman audio perbualan itu, Mohamed Khaled berkata, beliau ada mendengar audio berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya ada dengar, tapi saya bukan polis. Saya antara pimpinan tertinggi, saya ada saluran sendiri, jadi saya tidak boleh beri apa-apa reaksi atau komen,” katanya.

– Bernama

 

Pemilihan Umno sebelum PRU bawa risiko perpecahan’


Sebaran :

Leave a Reply