Ahmad Maslan suruh diam, Nazri kata pergi jahanam


‘’Pergi jahanam, UMNO bukan parti komunis’’ – kata Nazri kepada Ahmad Maslan

KELANTANGAN Datuk Seri Nazri Aziz dalam mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi ternyata tidak menyenangkan kepemimpinan itu apabila beliau dilarang membuat kenyataan.

Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut memberitahu FMT, larangan itu dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang memaklumkan beliau hanya tiga orang dibenarkan bersuara bagi pihak parti, iaitu dirinya (Ahmad Maslan), Ahmad Zahid dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dengan memetik mesej itu, katanya, selain tiga orang terbabit, ahli lain hanya boleh bersuara “bagi diri mereka”.

‘’Tetapi, dia boleh pergi jahanam. Sekarang ialah 2021 dan UMNO bukannya parti komunis. Dan saya sentiasa bercakap untuk diri saya juga,” kata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.

Berdasarkan mesej yang diterima beliau, Nazri diingatkan sebarang pendapat peribadi tidak patut menyukarkan lagi hubungan sesama ahli UMNO.

Menurut mesej itu, sebarang pertikaian terbuka hanya akan mengundang laporan negatif dalam media yang tidak akan memanfaatkan parti.

“Jangan layan hasutan media untuk mensensasikan berita. Kita tiada tanggungjawab terhadap mereka.”

Larangan bersuara itu menyusul sehari selepas Nazri dilaporkan berkata, peluang Umno memenangi pilihan raya umum ke-15 sangat tipis selagi Ahmad Zahid menjadi ketua gabungan itu dan tonggak kepada UMNO.

Beliau turut mengkritik kepemimpinan Ahmad Zahid dengan berkata, semakin jelas Ahmad Zahid tidak lagi mendapat sokongan atau kredibiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Katanya, Zahid – yang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram – perlu berundur dan membenarkan orang lain memimpin UMNO serta BN. Utv

Kenyataan Hadi sekadar ‘muslihat politik’, kata Nazri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker