Annuar sudah jadi pakar forensik – Puad — MYKMU.NET

Annuar sudah jadi pakar forensik – Puad



Sebaran :


KUALA LUMPUR – Kesungguhan Tan Sri Annuar Musa untuk mengesahkan ketulenan audio rakaman perbualan yang didakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid menimbulkan persoalan.

“Dia juru cakap siapa? Dia nak senangkan hati siapa?,” soal Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh yang mendakwa suara rakaman perbuatan itu 101 peratus milik Ahmad Zahid dan Anwar selepas mendengarnya 10 kali malam tadi.



Secara sinis, Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini menyifatkan Annuar sudah jadi pakar forensik.

Kalau begitu, Mohd Puad bertanya, adakah video di Hotel Four Points Sabah, tulen atau palsu.

Katanya, rakaman video tersebut lagi senang kerana ia merakam wajah bukan merakam suara.



Malah, Haziq Abdullah Abdul Aziz pun mengaku.

”Kalau suara pun Annuar boleh kenal, apatah lagi wajah orang. Tanya Annuar, dalam video itu, wajah Azmin atau wajah beruang?,” soalnya. MG

Saya dengar 10 kali, saya yakin audio itu tulen – Annuar Musa


Sebaran :


Leave a Reply