Dah Lah Penyewa Tak Bayar Sewa Bilik..Pemilik Rumah Kena Kurung Pulak

Seorang pemilik rumah berdepan detik cemas apabila ‘dikunci’ oleh penyewa bilik di dalam rumahnya sendiri.

Melalui sebuah rakaman yang dimuat naik di laman TikTok itu difahamkan, penyewa berkenaan tidak membayar duit sewa bilik di dalam rumah tersebut sehingga tertunggak tiga bulan.

“Saya pemilik rumah ini, dia sewa bilik dengan saya. Saya terpaksa beli mangga baru sebab tiga bulan dia tak bayar sewa.



“Barang dia masih ada lagi separuh dalam rumah ini, semalam saya balik kerja masih mangga lama, pagi ini bangun dia sudah tukar (mangga kunci) baru,” katanya.

Susulan kejadian itu, tuan rumah berkenaan telah menghubungi pihak bomba bagi membantunya membuka pintu rumah yang berkunci itu.

Bagaimanapun, lokasi kejadian serta identiti tuan rumah masih lagi dirahsiakan. – K! ONLINE

Serah tubuh jika mahu menyewa, sikap jijik pemilik rumah tawar syarat tak masuk akal terbongkar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker