Marwa terkejut dituduh punca insiden kapal Ever Given


KAHERAH – Semua kapal yang terkandas disebabkan dihalang oleh kapal kontena besar di Terusan Suez pada bulan lalu telah bergerak lancar sekali gus menamatkan kesesakan di laluan perdagangan global itu.

Sebanyak 61 kapal terakhir daripada 422 kapal yang beratur panjang ketika usaha melepaskan kapal Ever Given yang melintang di terusan tersebut telah dilepaskan pada hari Sabtu, kata Suez Canal Authority (SCA).

Namun isu baharu pula timbul dalam soal berkaitan apabila Marwa Elselehdar pula dituduh sebagai punca insiden tersebut.

Marwa selaku kapten kapal layar wanita yang pertama Mesir.



Semasa kejadian, Marwa telah menyedari sesuatu pelik berlaku.

Berita meletup bahawa satu kapal kontena gergasi the Ever Given milik syarikat China Evergreen merentasi Terusan Suez telah tersangkut.

Namun setelah memeriksa telefon bimbitnya khabar angin tular bahawa beliau sebagai punca kejadian itu.

“Saya terkejut dengan tuduhan liar itu,’ kata Marwa.



Ketika terusan itu terhalang oleh kapal gergasi itu, beliau bekerja di Aida IV kira-kira ratusan batu jauh di Alexandria.

Kapal berkenaan yang dimiliki Lembaga Keselamatan Maritim Egypt mengendalikan misi bekalan ke rumah lampu di Lautan Merah.

Ia juga digunakan untuk melatih kadet Akademi Sains, Teknologi dan Pengangkutan Maritim Arab (AASTMT) sebuah universiti yang diselia oleh Liga Arab.

Khabar fitnah yang mengecam peranan Marwa dalam kapal Ever Given tular dengan tangkap layar tajuk berita palsu yang sepatutnya diterbitkan oleh Arab News yang mendakwa Marwa bersubahat dalam insiden Suez.



Gambar Marwa tular dalam Twitter dan Facebook sementara beberapa akaun twitter yang dikendalikan di bawah namanya turut menyebarkan berita palsu kononnya dia bersubahat dengan Ever Given.

Marwa, 29, memberitahu BBC News dia tidak ada sebarang idea penyebar di sebalik angkara jahat itu dan juga punca mereka berbuat demikian.

“Saya rasa saya menjadi sasaran kerana saya seorang wanita yang berjaya dalam lapangan ini atau saya warganegara Mesir, tetapi saya tidak pasti mana satu sebabnya,” keluhnya.

Katanya beliau bimbang fitnah itu akan menjejaskan kariernya.



“Artikel palsu ini ditulis dalam bahasa Inggeris dan ditularkan ke negara lain.Saya telah cuba sedaya upaya meneliti artikel itu kerana ia cuba menjejaskan reputasi saya dan segala kerja keras yang diusahakan untuk mencapai sehingga ke tahap ini.

“Lagi pun segala komen dalam artikel itu berbunyi negatif dan kesat tetapi pada masa yang sama saya juga menerima ratusan mesej positif dari semua rakan sekerja dan orang di luar yang mempertahankan saya dari berita palsu itu.

“Malahan saya kini bertambah popular ekoran berita fitnah ini berbanding sebelum ini, maka saya berterima kasih kepada penyebar fitnah itu,” kata Marwa.

Marwa akan menduduki satu lagi peperiksaan untuk mendapatkan pangkat penuh kapten pada Mei ini. MG



Ever Given mula bergerak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker