Biodata Dan Latar Belakang Nadia Brian

Aktres Nadia Brian bakal muncul menerusi drama Lelakimu Yang Dulu, arahan Eon Suhaimi, siaran TV3.

Selainnya, drama rantaian yang mengisi slot Akasia itu turut menampilkan Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Ungku Hariz, Reen Rahim, Ezzaty Abdullah, Afiq Muiz dan ramai lagi.

 



Biodata

1. Pemilik nama penuh Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi.

2. Menggunakan nama komersial, Nadia Brian.

3. Kelahiran Kangar, Perlis pada 30 Mei 1991.

4. Membesar di Kelantan.



5. Kini berusia 28 tahun.

6. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

7. Berdarah kacukan Malaysia-Australia.

8. Datuknya, Brian Goldring Abdullah merupakan warga Australia.



9. Pemegang Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

10. Aktif dalam dunia seni sejak tahun 2013 sebagai pelakon dan model.

11. Namanya melonjak naik selepas menjayakan drama Akulah Balqis dan Sweetie Nanie yang kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3.

12. Lain-lain drama dibintanginya seperti Cik Serba Tahu, Mak Cun Musim 3, My Sweet Lavender, Dendam Aurora, Dekatkan Jarak Kita, Aku Cinta Dia dan Lelakimu Yang Dulu.



13. Termasuk telefilem Lamar, Sayang Achu Ketat-Ketat, Super Menantu, Haluan, Cinta Paling Indah dan Benua.

14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Sesudah Suboh, Badang, Blok 404, Bu Kasih Suci dan Ratu Kala Jengking.

15. Mengikat tali pertunangan dengan Muizz Nasruddin yang juga seorang ahli perniagaan pada 4 Mei 2019.

 



Foto

VIDEO

Nadia Brian, Muizz sah cerai



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker