Sheila Mambo lepas geram, sekali Fizz Fairuz pula bersuara


Terdahulu Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui sedikit terkilan dengan sikap segelinitir pendatang baru di dalam industri seni yang disifatkan seperti tiada usaha dalam memperbaiki mutu lakonan.

Jelas Erra, ada kalanya dia terpaksa memberikan tunjuk ajar kepada para pelakon baru ketika menjalani proses pengambaran bagi memastikan mutu lakonan yang mantap.

“Sejujurnya kadang-kadang saya pun tak tahu pelakon baru yang digandingkan dengan saya itu Instafamous atau tidak. Mungkin saya tidak berapa tahu.

“Saya pernah berlakon mungkin dengan pelakon-pelakon baru yang kaku atau lebih mudah orang kata kayu. Pengalaman mungkin ada cuma kurang.

“Saya sedikit kecewa kerana mereka tiada usaha untuk memperbaiki diri. Bila anda beraksi dengan saya, tanggungjawab saya pula nak pastikan lakonan mereka okay sebab kita bergandingan.

“Kalau awak kayu saya pun nampak tak elok. Jadi satu kerja pula nak mengangkat mereka untuk menghidupkan sesebuah babak itu,” katanya

Sheila Mambo lepas geram dengan sikap pelakon baharu tunjuk ‘diva’ – “Naik fed up kena banyak kali take!”

PENDEDAHAN pelakon senior Rusdi Ramli mengenai sikap segelintir pendatang baharu yang lebih gemar buat hal sendiri semasa di set penggambaran turut menarik perhatian rakan selebriti lain antaranya Sheila Mambo.

Bersetuju dengan pandangan Rusdi itu, Sheila atau nama sebenar Rusilawati Hasan, 58, berkata pelakon baharu haruslah memandang serius mengenai kerjaya lakonan selain memiliki semangat kerja berpasukan.

“Setuju! (tak semua). Semua yang datang disediakan pembantu, tawaran kerja pengurus yang dapatkan. Kerja jadi lambat sebab tunggu dia orang hafal skrip dan faham kehendak cerita atau watak. Apabila tak ada scene sibuk dengan telefon update Instagram dan media sosial.

“Bukan nak duduk tengok macam mana kerja otai-otai atau cara pengarah kerja tapi demand (bayaran)? Hebat! Sebab tahu stesen nak dia orang! Tolonglah hormati set lakonan dan team kerja, bukan sekadar datang bawa makanan tajaan, cukup syarat terlibat dalam penggambaran.

“Baju dah disiapkan sebab dia orang jadi leading. Yang artis lama pandai-pandailah korang (anda) nak hidup… kadang-kadang ada sponsor baju dan kadang-kadang diabaikan,” katanya.

Perkongsian Sheila Mambo di Instagram mengenai pandangan yang diluahkan oleh Rusdi Ramli di portal mStar sebelum ini.

Sheila Mambo berkongsi pengalaman dan pandangannya itu menerusi Instagram dengan memuat naik semula klip video laporan mStar membabitkan pelakon Rusdi.

Pada Rabu lalu, Rusdi berkata suasana pelakon di set penggambaran kini sudah berbeza jika dibandingkan kira-kira 10 tahun lalu.

Pelakon lama pun kadang-kadang naik fade up kena banyak kali take. Hilang mood kerja!

Ini kerana menurut Rusdi ada segelintir pelakon baharu yang lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon bimbit menjadikan hubungan antara mereka kurang mesra.

Rusdi bagaimanapun akur dengan perubahan corak bekerja sekarang berbanding dengan zaman kegemilangannya dahulu.

Sheila Mambo kerap bergandingan dengan pelakon lama dan baharu dalam drama.

Sementara itu, pelakon drama Sang Pewaris ini menasihati pendatang baharu supaya mengikuti kelas lakonan dan menghormati kerjaya sebagai anak seni.

“Pesanan saya buat la homework. Pendatang baharu kena faham kehendak skrip dan jalan cerita, jangan asyik baca line kau je… dalam set pengarah tak ada masa nak mengajar, pelakon lama pun kadang-kadang naik fade up kena banyak kali take. Hilang mood kerja!

“Saranan saya eloklah mereka pergi buat sekurang-kurangnya kelas lakonan asas yang diiktiraf oleh Finas dan Seniman. Secara tak langsung dapat membantu pihak tenaga pengajar menjana pendapatan.

“Tunjuk kelayakan, sijil yang diiktiraf… nak masuk kerja bidang lain pun kena ada kelayakan. Seni ni halus, kena hormati apa jua kerja. Bukan kerana famous with follower, kalau nak jadi actors be a good one!” ujarnya.

“Disiplin tiada, skrip tak hafal… zaman followers” – Makin ramai artis senior hentam sikap pelakon baharu ‘bajet bagus’

ISU masalah disiplin pelakon baharu di set penggambaran terus mendapat perhatian penggiat seni senior apabila lebih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.Terbaharu pelakon Datuk Fizz Fairuz tampil menyatakan rasa kecewa dengan sikap pendatang baharu yang dilihat seolah-olah tidak serius untuk menceburi bidang lakonan.

“Benda ini dah lama bro Rusdi Ramli, cakap pun tak guna… tak sama yang dulu, berapa ramai dah bersuara, sama jer.

“Tiada kesan apa-apa pun untuk BBNU ni… sebab bajet bagus, ada pengurus, ada pembantu peribadi.

“Disiplin tiada, skrip tak hafal… tapi itulah hakikatnya,” kata Fizz di Instagram.

Menerusi posting berkenaan, Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 42, berkongsi paparan skrin tajuk laporan mStar berhubung kenyataan Rusdi Ramli membabitkan sikap pelakon baharu.

Menerusi laporan berkenaan, Rusdi menyatakan keluhannya tentang sikap pelakon baharu yang enggan bertanya selain gemar menghabiskan masa dengan menghadap telefon masing-masing di set penggambaran.

Disiplin tiada, skrip tak hafal… tapi itulah hakikatnya.

Selain itu Fizz juga menyatakan kekesalannya dengan sikap pelakon generasi baharu yang dilihat tidak menghormati artis senior.

“Hormat tiada dan boleh tanya siapa tu, tak kenal… hahahahahha.

“Zaman followers bro, kena terima hakikat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menerusi ruang komen di Instagram Fizz, Rita Rudaini turut bersetuju dengan menyifatkan pelakon baharu suka berlagak hebat.

“Kalau cakap banyak nanti kena banned, kalau tak cakap kita dekat set dah nak bipolar.

“Bajet hebat, dekat TV nampak tiada cacat cela sebab pengarah dah cover dengan editing dan shot-shot pelakon veteran yang tua macam kita ni,” kata Rita.

Selain Rita, rakan selebriti senior seperti Azza Elite, Zalif Sidek dan Balkisyh Semundur Khan dilihat turut bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan oleh suami kepada Datin Almy Nadia itu.

Rita bersuara bukan sebab dengki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker