Reezal pantau pematuhan SOP di Stadium Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina merican membuat pemantauan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penganjuran aksi Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United FC (MUFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, sebentar tadi.

Sepanjang berada di situ, beliau berkesempatan melihat sendiri pelaksanaan SOP yang ketat seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi kemasukan penonton ke stadium.

Beliau turut diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

Guan Eng Berpenyakit Islamophobia, Melayuphobia… Jangan Langkau Kesabaran Melayu/Islam – Reezal

Perlawanan keenam Liga Super ini menjadi projek perintis kepada kemasukan semula penonton ke stadium di mana seramai 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton dibenarkan masuk untuk menyaksikan perlawanan di negeri Perintah Kawalan Pemulihan Bersyarat (PKPB).

Satu lagi perlawanan projek perintis akan berlangsung di sini, esok iaitu antara Kuala Lumpur City FC dan Sabah FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker