PAS-UMNO: Jangan diucap selamat tinggal


TELAH tiba titik noktah persahabatan politik yang terjalin di antara PAS dan UMNO walaupun jalinan itu sekadar sementara dengan tempoh waktu yang singkat.

Seperti mana catatan Tun Sri Lanang di laman sosial facebooknya, kita semua mendengar apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Haji Hadi.

“Kita beristiqomah dan walaupun sedih tetapi penuh dengan kesyukuran kerana persahabatan politik di antara PAS dan UMNO setakat ini sahaja.

“Inilah mungkin jodoh PAS dan UMNO yang tidak mampu dipanjangkan lagi namun segala dugaan dan cubaan yang bakal mendatang, perlu dihadapi oleh kedua-dua belah pihak parti politik ini,” catat Tun Sri Lanang selaku penganalisis politik dan glokalis.

Benarlah perumpamaan untuk menggambarkan hubungan PAS dan UMNO iaitu berumah di tepi pantai. Ombak datang dan melanda, kedua-dua parti menghadapinya bersama.

Walaupun sekali ombak melanda pantai, sekali pasir berubah, jalinan kerjasama di antara PAS dan UMNO adalah momen manis yang boleh dijadikan rujukan di masa akan datang dalam senario politik Malaysia.

Tidak ada apa yang mustahil sekiranya PAS dan UMNO menjalin sekali lagi kerjasama demi perpaduan orang Melayu di bumi bertuah ini.

Walaupun kedua-dua parti politik ini mempunyai wadah perjuangan yang agak berbeza tetapi persamaan itu tetap ada.

Cuma perlu mencari titik tengah atau titik keseimbangan jika dapat, untuk satu jangka masa yang panjang sekiranya kedua-dua belah pihak berhasrat untuk bekerjasama sekali lagi. Wallahhualam!

Kita mendoakan agar seluruh ahli PAS di seluruh negara sentiasa sejahtera dan dilindungi Allah SWT.

“Namun persahabatan sesame kita, seagama, seIslam, kita teruskan, kelangsungan ummah pada masa akan datang.

“Percayalah bahawa aka nada cahaya di hujung terowong, akan ada sinar di sebelah sana…

“Anggaplah ia satu perpisahan yang bersifat sementara, bersifat jangka masa pendek dan yang penting, bukan bersifat infiniti,” ujar Tun Sri Lanang.

Catat Tun Sri Lanang, “Saudaraku… dan aku mencintaimu sepanjang hidupku.

“Salam perpisahan politik saudaraku PAS.” SM

“Kalau Di Sana Dah Tak Mahu Di Sini, Di Sana Boleh Pergi… Di Sinun”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker