Masuk stadium selepas setahun, kerinduan penyokong JDT terubat

ISKANDAR PUTERI: Peminat bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) teruja melepaskan kerinduan apabila dapat menonton perlawanan menentang Melaka United di Stadium Sultan Ibrahim di sini, selepas lebih setahun tidak dapat berbuat demikian.

Tinjauan di Stadium Sultan Ibrahim sejak 5 petang tadi menyaksikan penyokong pasukan bola sepak itu sudah mula beratur dengan mematuhi penjarakan fizikal di laluan masuk ditetapkan.

Mereka dibenarkan masuk ke stadium mulai 6 petang setelah mengimbas suhu, menggunakan cecair sanitasi serta mengimbas kod QR di pintu masuk automatik stadium.



Penyokong JDT beratur dengan mematuhi penjarakan fizikal di laluan masuk ditetapkan.

Wakil Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut melakukan pemantauan di sekeliling stadium.

‘Stadium 8,000 penonton dah boleh buka, Parlimen 222 MP bila lagi?’



Mohd Faris Haikal Mohd Nazrul, 16.

Mohd Faris Haikal Mohd Nazrul, 16, berkata dia bersama 30 rakan penyokong bertolak dari Mersing 1 petang tadi dan merasa teruja dapat menjejakkan kaki ke Stadium Sultan Ibrahim.

“Setahun tidak ke sini (stadium) dan akhirnya, hari ini kami dibenarkan memasuki stadium dan menonton perlawanan JDT menentang Melaka United.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan juga mudah untuk dipatuhi. Kami juga diminta untuk mematuhi peraturan untuk menghadkan pergerakan ketika perlawanan dan waktu rehat separuh masa,” katanya.

Al Maliki Al-Haj, 50.

Bagi penyelaras kelab penyokong, Al Maliki Al-Haj, 50, pematuhan SOP di stadium tidak menjadi masalah dan semua ahli kelab diarah mematuhinya.



“Ini satu kerinduan yang terubat, kita minta untuk masuk stadium sejak perlawanan dengan Selangor sebelum ini, dan akhirnya, hari ini kita dapat memasuki stadium menonton secara langsung,” kata beliau.

Penyokong Boys of Straits (BOS), Nor Shazrin Nor Samsudin, 36, berkata beliau akur dengan SOP dan peraturan norma baharu yang ditetapkan.

Nor Shazrin Nor Samsudin, 36.

“Setakat ini kita boleh ikut dan patuh, ketika di dalam (stadium) juga kami duduk selang dua tempat duduk bagi (mematuhi) penjarakan fizikal.

“Pelitup muka juga kami diminta pakai sepanjang masa, apatah lagi ketika bersorak. Kami dibenarkan ke tandas pada waktu perlawanan sahaja, dan separuh masa tidak dibenarkan bergerak langsung,” kata beliau.



Perlawanan JDT menentang Melaka United pada 9 malam ini menjadi perlawanan pertama yang membenarkan 2,000 penyokong masuk ke dalam stadium selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Mac tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican dijangka melakukan tinjauan dan pemantauan pelaksanaan SOP di stadium tersebut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker