Kerajaan minta mahkamah dengar dulu permohonan batal saman Khairuddin

Pada Januari, Khairuddin Abu Hassan mengemukakan saman terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenaan nasihat kepada Agong tentang pengisytiharan darurat.

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahukan Mahkamah Tinggi mendengar terlebih dahulu permohonannya untuk membatalkan saman yang dikemukakan aktivis Khairuddin Abu Hassan terhadap perdana menteri kerana menasihati Agong supaya mengisytiharkan darurat.

Permohonan rujukan saman Khairuddin ke Mahkamah Persekutuan bakal didengar pada 12 April.

Hakim Mariana Yahya yang kini dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan, minggu lalu memaklumkan pihak-pihak bahawa beliau akan mendengar dahulu permohonan Khairuddin sebelum meneruskan dengan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman berkenaan.

Pada 5 Mac, Khairuddin memfailkan empat persoalan undang-undang di Mahkamah Tinggi untuk dirujuk Mariana mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker